Viral Panas - Staff Labor Room Hospital Shah Alam Yang Kejam

2 hari lepas seorang anak didik saya selamat bersalin di Hospital Shah Alam.

Bermula dari awal labor di rumah tiada masalah happy2. Beliau keep contact dengan saya melalui whatsapp dan semua dlm keadaan baik.

...



Artikel ini diambil dari laman Facebook Masyitah Md Hassan. Beliau adalah pengamal teknik melahirkan bayi cara natural katanya dan mempunyai pandangan berlawanan dengan kaedah perubatan biasa.

...

Bila gap contraction dah dekat beliau decide untuk pegi hospital. Sampai hospital semuanya baik sahaja, 2 orang nurse melayan di labor room dan bukaan sudah pun mencapai 7 cm.

Namun segalanya berubah bila doktor dan nurse mula membaca birth plan beliau yang diberikan dan diterangkan secara baik oleh suami.

Tiba2 datang segerombolan nurse entah dari mana seramai 6 orang datang 'menyerang'. Mereka mula memarahi ibu dan ayah ini yang katanya minta yang bukan2. Tiada langsung toleransi atau ajakan berbincang. Pelbagai tohmahan melulu di buat.

Ibu yang awalnya tenang melayan ombak kontraksi mula stress, sedih dan kecewa mendengar setiap celaan mereka.

Tak cukup dengan itu mereka tanpa melihat jelas birth plan terus menongkah dan memperlakukan ibu dengan kejam.

Ibu di paksa meneran dgn jeritan 6 org staff dalam keadaan baring tertentang dan ditekan perut. Ibu tidak dibenarkan menggunakan teknik kawal pernafasan untuk mengeluarkan bayi tetapi dipaksa push berkali2 walaupun tiada kontraksi.

Ibu ini bukannya ibu berisiko dan melahirkan anak ketiga juga. Waktu malam proses ini tidak ramai patient juga di labor rooom. Tidak tahu apa yang mereka ini semua kejarkan.

Yang pasti ibu mengalami koyakan banyak dan hari ni terkena buasir pula.

Sebagai Childbirth Educator saya memang sedih juga anak didik melalui proses ini. Beliau memilih hospital Shah alam atas review beberapa ibu yang memuji kerana hospital ini mempunyai kelengkapan yg bagus dan serba baru. Tapi tidak sangka pula fasiliti ini tidak setanding dengan attitude staff disana.

Saya nak tanya memaki hamun ibu yang sedang menahan sakit kontraksi ini ada dalam SOP KKM ke?

Kalaupun xbersetuju dengan birth plan yang dibawa, apakah tiada toleransi untuk berbincang?

Saya ada pengalaman bawa anak didik ke Hospital Kulai Johor dan doktor sangat terbuka untuk berbincang. Apa yang boleh dibantu beliau cuba buat dan apa yang tidak boleh diterangkan cara baik kenapa tidak boleh.

Saya fikir hospital yang terletak dibandar besar dan mempunya fasiliti canggih lebih terbuka cara berfikir dan bekerja mereka akan tetapi sangat sedih bila kejadian ini berlaku.

Saya dan ibu ayah ini akan buat laporan rasmi kepada pihak hospital dan juga KKM.




...............................




Rentetan dari posting diatas, pihak doktor malah pegawai KKM cuba mendapatkan maklumat jelas untuk mengambil tindakan sewajarnya tetapi enggan dilayan oleh Masyitah Md Hassan.

Ikuti posting dibawah dari fb Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir II:



Dah lebih 24 jam tuduhan dilakukan terhadap staf Dewan Bersalin Hospital Shah Alam oleh seorang Doula atau nama hipsternya Child Birth Educator.

Malangnya sehingga kini tidak dinamakan nama pesakit dan tarikh kejadian. 
Dari maklumat yang saya terima, tiada lagi juga apa2 laporan rasmi dilakukan.

Saya dah offer untuk tolong report, hanya perlukan nama penuh pesakit je. Dia tak mau dan kata saya tiada apa2 jawatan di KKM. Ok la. Aku sedar aku ni babyface dan nampak macam junior kat KKM ni. Ramai ingat aku ni baru habis housemanship. 不

So aku tag la sahabat2 aku Mayna Mel and Eika Syafika, pegawai2 Menteri KKM untuk tolong percepatkan proses siasatan. Bukan apa, benda fitnah macam ni kena la bersihkan nama KKM segera kan? Dan kalau betul, siapa yg salah boleh la diambil tindakan.

Dia liat jugak tak mo kasi nama. Dia kata pegawai2 tu semua fake profile dan tak letak gambar sendiri di akaun fb. Padahal jelas yang amat kot depa2 tu pegawai Menteri. Klik profile dan tengok timeline depa pun dah tau.

Dia kasi alasan nak report pada Pengarah KKM. Tetibe je geti ikut saluran rasmi. Padahal semalam complain kat facebook.

Adoi...Pengarah dgn Menteri nampak jelas dah kot siapa lagi berkuasa. Tapi dia buat dunno. Dia kata dia tak percaya pada kawan2 aku tu.

So aku tag pegawai khas DS Dr Helmi Tuan Mohd Zairi Said yang guna nama betul dan wajah sebenar untuk bantu. Tuan Zairi siap bagi no telefon dan email rasmi lagi. Senyap terus beb....

Sekali dia up status baru plak pertikai Professor Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya yang memang diiktiraf dunia kepakarannya.

Kat Malaysia ni....Google2 dan ikut kursus sampah 2-3 jam je dah boleh pertikai semua org yg berautoriti uolsss...
不不不不不不


Game geng2 ni kita boleh baca. Burukkan doktor, kementerian dan perubatan moden supaya orang awam yg jahil hilang kepercayaan. Sambil2 tu promo la bisnes sendiri sbg alternatif. Keji kan?

Update:
Admin ni tak berapa paham la kan pasal doula apa bagai semua ni. Super mengarut diorang ni. Dah macam movement haram pulak! Dia ajelah yang paling pandai. Hati-hati jangan sampai bini korang terjebak dengan dakyah geng doula Masyitah Md Hassan & geng.

Extra Info:
Menatang apa doula ni?



Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Komen