Coretan hari dari salah seorang kenalan rapat arwah Pak Yus Jambu iaitu Ilham Tuah Raja Lawak di Facebook sejurus mengetahui berita sedih.
Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus.
Bacalah dengan nama Allah.
Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, Insan inilah datang menghulurkan bantuan. "Nah ambik duit ni, kalau xdk duit nk hidup, habaq kt aku, jgn habaq kt org lain, kita geng utara, jgn bt malu kt org", sambil ketawa.
Di kemudian hari bila saya nak pulangkan duit yg diberi, inilah kata Arwah. "aku xmau, dripada hg bg kt aku, baik hg bg kt anak yatim, xpun p blanja kawan2. Ramai lg yg perlukan duit tu." Mulianya hati kamu. Ketika mana saya bosan, Insan inilah akan ajak lepak bermain PS4 FIFA dirumahnya.
Manchester City team Favourite dia. Sebelum game bermula, dia akan siap pakai Full Jersi dan Boot. Semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak tawa. Riangnya kamu. Ketika berada di kampung, Insan inilah akan call/wassap ajak main Futsal dan Bola Sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua duit poket dia. Selesai bermain, Insan inilah yang akan belanja satu pasukan ,kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu.
Apabila Rajalawak United ditubuhkan, Insan inilah yang sponsor kami Jersi dan Bola. Dalam padang, dialah Kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pesan Insan ini kepada saya, "bila dah femes nanti, jgn lupa diri, jgn sombong". Tapi, apakan daya, kehendak Allah.
Saya terkilan. Arwah pernah mintak saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan, tapi tak sempat utk proses rakaman. Katanya, "aku nak lagu ni, aku nak rap duo dgn Waris". Tersenyum saya ketika itu. Saya terkilan. Tak sempat membalas segala jasa baik Arwah ketika dia masih bernafas.
Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku tak bernyawa. Jam 1 pagi saya dapat tahu, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat jugak. Saya kapankan Arwah, saya Solatkan Arwah, saya usungkan Jenazah Arwah. Sempat jugak saya kucup dahi Arwah untuk kali terakhir.
Wajah dia jelas tersenyum. Jika benar didahi dia tertera Kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah, dia bukan Biasa-Biasa. Saya bgtau ni bukan tujuan utk riak atau sbgainya, tp hanya utk khabarkan, tiada apa lg yg mampu sy balas jasa baik Arwah melainkan iringan dan kiriman Doa.
Saham akhirat Insan ini sebagai salah seorang Penyumbang kepada sebuah Sekolah Agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.
Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih atas ilmu dan nasihat dari Kamu.
Al-Fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah.
#yusjambu #weallloveu #jamburian
----------
UPDATE!
----------
MasyaAllah. SubhanAllah.
Tak sangka status luahan hati saya diatas kebaikan Arwah mendapat perhatian, menjadi buah mulut semua orang. Dengan nama Allah, saya tulis semua tu seikhlas hati. Saya tak mampu nak membalas jasa Arwah dengan cara yg sama Arwah buat semasa Arwah bernafas, jadi saya hanya post status tu untuk memohon Doa dari anda semua.
Itu saja yang saya mampu lakukan. Terlalu banyak jasa Arwah, sebak nak menulis. Tak boleh nak teruskan.
Kepada anda yang Add saya di Facebook ini secara mengejut, yang Follow saya secara di Instagram @ilhamtuahrajalawak7 secara mengejut, terima kasih sahabat. Saya bukan Artis Popular. Hanya seorang seniman biasa.
Ayuh sedekahkan sekali lagi Al-Fatihah kepada Arwah Pak Yus. Damailah kamu di "Rumah Baru" sana.
Al-Fatihah.
#yusjambu #weallloveu #jamburians
Home
/
Hiburan
/
Ilham Tuah
/
Meninggal
/
Pak Yus
/
Raja Lawak
/
Waris
/
Aku nak rap duo dgn Waris kata arwah Pak Yus pada insan ini
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan