Affiliate Junction scam lagi! Mangsa terpaksa tanggung loan RM23,320.00


Satu lagi kes kena kelepet dengan Affiliate Junction yang kononnya membantu rakyat Malaysia berjimat dan menjana pendapatan pada waktu yang sama. Peh! Cair beb kalau dengar diorang punya penerangan. Konon-konon MDEC memang support gila-gila projek terhebat ni.




Lagi bengap dia boleh explain kata JPN sebenarnya bawah seliaan MDEC. Bangang tak boleh nak tolong bebudak AJ nih.

Selamat malam, berikut pengakuan dari mangsa AJ, sila hadam, baca, beringat sebelum kena, Sesiapa yang kena sontot, boleh inbox kepada Admin Facebook Page : Say No To AffliateJunction 

Berikut adalah luahannya...

Admin...bantu saya dapatkan balik duit tu...saya dah tak mampu nak bayar loan setiap bulan. Saya masuk pada bulan 8 tahun lepas, dengan mengambil license AA. Tapi bila dah masuk AJ ni, saya rasa macam ditipu. Bila nak daftar merchant, diorang suruh fokus pada licensing. Saya tak sanggup nak tipu orang. 

Cukuplah saya ditipu. Tapi saya la pulak tak larat dah nak bayar loan. Bila diorang suruh datang ASKL, memang saya selalu tiada masa nak pergi sebab kekangan masa. 

Bantu la saya dapatkan balik loan tu. Saya dah tak mampu nak bayar balik loan tu setiap bulan. Around RM650 kot. Macam-macam boleh beli dengan RM650 especially keperluan anak.😭😭

#affiliatejunction
#scamaffiliatejunction
#testimoni


Luahan disalin semula daripada Facebook : Say No To AffiliateJunction



LAGI BERITA PENIPUAN AFFILATE JUNCTION DISINI


Mohd Taufique Haqique Ahmad Sebelum join xberingat....da terkena baru nak merayu?aku knal ramai org camni....bile aku bg nasihat,kemain sombong ko ckp aku ni salah,ko je yg btul....bile da tersontot ko sendiri xtau mana nak letak muka ko kn???ingat satu je,orang yg bg nasihat tu bkn dengki xbg ko kaya tp orang yg bg nasihat tu xsanggup tgk ko kena tipu....



Sophie JC Cuba ramai2 mangsa aj ni buat report kat ppim atau nccc...sbb boleh terus jumpa dan bincang dgn mereka...ppim dan nccc ni ada staff yg arif tentang undang2..Kalo gi tribunal cuma boleh isi borg dan byr rm5 (kalo x silap) pastu tggu tribunal panggil dua2 pihak ke tribunal tp selalunya pihak yg dituntut x dtg pon...



Tuan Izwadi Tuan Mat Elakkan lah kalau jenis bisnes join mahal-mahal tapi tak tumpu produk.huhu 

23k tu baik buat beli emas.. Pastu gadai sikit buat modal meniaga jual air kopi kat tepi jalan. Dapat untung niaga, g tebus. Pastu niaga lagi. Emas dapat untung dapat. Kan? Huhu





Azrol Adizar aku hampir terjebak... membe ajak... aku join pun pakai duit dia dulu... dia yg sudi pinjamkan... tp bkn yg 22k punya la... yg 2k je kot... pastu suh aku cari2 org utk aku upgrade license tu... ntah... rugi ke tak bukan duit aku ... tp nti ada rezeki balik aku pulang la duit dia... sian membe... dia yg ajak yer... bkn aku yg suruh... tp nk tgk gak time tu... dh kaya ke tak dia






Mamat Kulat Yg sedihnya, orang masukkan duit banyak2 kepada mereka, maka makin besarlah 'legal warchest' mereka sekiranya perlu menghadapi sebarang prosiding perundangan. Paling tak pun, membolehkan penangguhan proses almost indefinitely.


Sebab tu dalam banyak 'skim', aku tengok ramai yg seakan terlepas. Bukannya sebab isu korup ke, rasuah ke, tapi peruntukan undang2 dah sebegitu. Ia memberikan hak pendengaran yg sama adil samada anda tertuduh mahupun yg dituduh. Kalau dah tak boleh belah, boleh panjat mahkamah yg lebih tinggi. Asalkan ada wang, anda boleh 'beli masa'.


Apabila tiba di situasi tersebut (tak kira apa2 skim), moga2 takde la yg sempit pemikiran nak salahkan gov ke, undang2 ke, bank negara ke, bank negeri ke, pibg ke, dsb. Those directly affected are the ones who 'fed the monster' in the first place. Sejujurnya yg terjoinT tu yg jauh lebih memahami what's in store for you guys.


Cuma saya doakan semoga kalian berjaya di dalam perjuangan menuntut kembali what rightfully yours. It will be an uphill battle. But despite that, it's still a "possible" fight. Niat saya mukadimah kat atas tu sebenarnya untuk anda tak lah mengalami 'shock' di kemudian hari, jadi anda boleh membuat pilihan dengan lebih tenang. Saya dah biasa tengok pelbagai 'skim' yg menggunakan strategi 'blackmail emosi' ni.




 Klik untuk dapatkan diskaun PERODUA terbaru!


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments :

  1. sungguh menakutkan!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/04/03/lampu-cara-jimatkan-elektrik/

    BalasPadam
  2. Bisnes jeruk ajelah macam ni.

    http://jerukcherating.blogspot.com

    BalasPadam