Gempar! Majlis ini pergunakan anak yatim sebagai alat tayang kononnya penganjur baik sangat!

Betul-betul mengarut.

Tak sangka nama gah H** Catering & Events yang anjurkan majlis pelancaran pakej The M**** Wedding Exclusive di The C*** B***** Utama yang disangka bakal memberikan impak hebat tetapi hanyalah sarung kosong yang rapuh takde faedahnya.

Dengan pengendalian majlis yang memang level sampah hinggakan para jemputan alami kesukaran semasa ingin mendaftar masuk. Kononnya buat RSVP sebelum hadir kemudian tiada maklum balas pengesahan diberikan. Lepas tu bila check, nama takde dalam list. Bukan sorang tapi ramai gila! Apa punya low level korang ni? Para tetamu yang hadir memang hebat-hebat belaka, majlis pun dirasmikan oleh Timbalan Menteri.


Yang paling menyedihkan apabila ANAK-ANAK YATIM yang dijemput tidak dilayan sebagai sepatutnya. Tercongoklah bebudak tu duduk berjam-jam kat meja kosong tanpa dihidangkan walau setitis air kosong sekali pun. Punyalah bengap hospitality level mereka ni. Yang kau ajak anak yatim lepas tu jadi kau punya wayang konon-konon suci! Phui.

At least letak lah seorang untuk handle keperluan bebudak ni. Doa mereka kan makbul! Ini tidak. Kesian beb! Terkebil-kebil bebudak tu tak tau hujung pangkal. Entah dah makan ke belum pun tak tahu. Begitulah majlis yang kononnya gah dengan Chef Selebriti ala-ala ke laut dengan hos pun nampak sangat tidak professional.

Berduyun aku tengok tetamu yang balik. Tak sanggup nak terus tunggu! Dah la duduk jauh di belakang, takde perhatian langsung! Macam tunggul yang kebulur sangat nak makan free.. Phui!

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan