Lelaki ini terbunuh akibat masalah pelupa!

Di Tapah terdapat seorang lelaki yang mempunyai masalah pelupa meninggal dunia selepas lebih 60 peratus badannya terbakar dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Gajah di sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai S Arumugam, 44, juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis yang kronik. 


Katanya, kebakaran pada kira-kira 8.30 pagi itu bermula dari dapur rumah selepas mangsa yang ketika itu tinggal bersendirian dikatakan terlupa menutup api dapur gas selepas memasak. 

"Ketika kejadian, mangsa dipercayai lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri kerana kita menemui mayatnya di luar rumah dan semasa itu isteri serta anak mangsa keluar ke pekan," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, R Balaratnam, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan hutan kelapa sawit. 

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran di rumah berkenaan sudah terpadam dan hanya tinggal bara-bara api. "Rumah musnah terbakar 90 peratus dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat," katanya.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan