Saya percaya, rata-rata rakyat Malaysia ramai yang mengenali pengasas D'Herbs Dato Aliff Syukri "Terlajak Laris".
Mana tidaknya, wajah beliau memang kerap terpampang di kaca TV. Tambahan pula, beliau kini merupakan salah seorang jutawan yang ternama di Malaysia.
Terkenalnya beliau mungkin kerana kejayaan yang beliau kecapi sekarang ini. Tetapi, siapa sangka bahawa dulunya beliau melalui kesusahan hidup yang ramai tidak ketahui.
Asalnya, beliau hanya berkelulusan SPM dan berniaga di pasar tani.
Dato Aliff dulu |
Meskipun menerima pelbagai cabaran dan kritikan sejak mula berniaga lagi, namun semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya, sehingga beliau berjaya sampai ke puncak kejayaan pada hari ini.
Telahan anda memang salah, kalau anda sangka kejayaan beliau datang secara tiba-tiba dan seperti magik ajaib.
Ya,
Beliau bermula dari bawah seperti orang lain juga. Rahsia Kejayaan Pengasas D'Herbs Dato Aliff Syukri "Terlajak Laris" Setelah ditemu ramah beberapa kali, akhirnya beliau cerita juga apa rahsia kejayaannya.
Dato Aliff Syukri Terlajak laris |
Anda ingin tahu apa Rahsia Kejayaan Pengasas D'Herbs Dato Aliff Syukri "Terlajak Laris"? Jom lihat sekarang.
1. Tiada Kejayaan Datang Tanpa Usaha
Ketika orang lain mengharapkan kekayaan datang dalam sekelip mata, beliau pula berpegang kepada usaha yang berdikit-dikit, akan menjadi bukit.
Bermula dengan simpanan yang hanya mencecah ratusan ringgit, beliau menjual kepada rakan-rakan di pejabat dan pasar tani.
Alhamdulillah, walaupun hanya untung RM500 hingga RM600 sahaja, beliau sudah gembira dan meningkatkan usaha untuk dapat lebih banyak lagi.
Akhirnya, perniagaan pasar tani menjadi sumber pendapatan kukuh buat beliau.2. Tidak Malu Menjual
Orang Melayu mungkin terkenal sebagai orang yang pemalu, tetapi lain pula ceritanya dengan Dato’ Aliff Syukri.
Nak berniaga, kita tak boleh malu. Walaupun gaya bercakap beliau seperti banyak mulut dan becok seperti wanita, namun beliau tidak pernah merasa malu mempromosi produk kecantikan yang dijualnya.
Kalau kita malu, bagaimana pelanggan nak tahu dan kenal produk apa yang kita jual?
Bak kata penulis: “Siapa Malu, Dia Rugi Selalu.”3. Tidak Takut Mengambil Risiko
Kejayaannya menjana pendapatan dari pasar tani, beliau tidak takut untuk terus ke peringkat lebih tinggi dalam perniagaan. Niatnya untuk membina jenama sendiri.
Oleh itu, beliau berusaha mencari sumber modal untuk menggerakkan perniagaan lebih jauh ke hadapan, kerana mahu membina jenama sendiri.
Bagi sesetengah orang, memikirkan modal sahaja sudah menakutkan untuk dicuba, tetapi bagi Dato’ Syukri, ia adalah penambah semangat untuk berjaya.4. Cari Alternatif Jika Gagal, Bukannya Merungut
Untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan, Dato’ sendiri telah pergi ke bank, namun ditolak mentah-mentah oleh mereka, malah dipandang rendah pula.
Beliau tidak berputus-asa.
Setelah berfikir, akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau ( di mana beliau adalah pengajar jemputan) pula.
Alhamdulillah, ikhtiar ini membuahkan hasil, dan menjadi titik perubahan beliau ke peringkat yang lebih timggi dalam perniagaan.
RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu Dato’ Syukri membina jenama sendiri.5. Kuatkan Jenama & Promosi
Setelah mempunyai modal, beliau tidak berlengah lagi untuk beriklan dan mendapatkan ruang pengiklanan dari syarikat-syarikat berkenaan.
Hasilnya, jenama D’Herbs meningkag naik dengan hebatnya sehingga menjadi bualan masyarakat.
Pemasaran adalah nyawa perniagaan. Itulah yang dilakukan oleh beliau bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan di samping membina kepercayaan di kalangan para pelanggan.
Antara hasil kempen pemasaran yang paling efektif adalah penghasilan slogan ‘Terlajak Laris’ yang memberi impak menakjubkan kepada perniagaan beliau, walaupun pada mulanya ada pihak yang menyampah (kini tidak lagi).
Nah, siapa kata slogan hanyalah barang main-main. Ia perlu dipandang serius untuk menarik pelanggan seramai mungkin.6. Tidak Sombong & Sentiasa Mesra Pelanggan
Antara penyumbang terbesar kepada wujudnya syarikat D’Herbs adalah mereka terdekat yang sudi meminjamkan wang dan melabur untuk bisnes beliau.
Bagi Dato’ Syukri, ia adalah jasa tidak terhingga mereka kepada D’Herbs, malah Dato’ sendiri sentiasa mengucapkan terima kasih dan melayan mereka dengan baik, walaupun beliau sudah berada di puncak kejayaan.
Kita harus tahu, langit itu kan luas. Masakan kita tahu tinggi rendahnya langit dengan jarak bumi, jika kita tidak memandang ke bawah?
Mulut beliau yang mesra, membuatkan ramai orang suka dan gembira bergaul dengan beliau.
Benarlah ada orang menasihati, bahawa “Senyuman Itu Sedekah” dan senyuman adalah simbol kemesraan yang memujuk hati pelanggan.
Sumber adalah dari http://kampunginternet.com/
Namun, kita mesti yakin bahawa rezeki adalah milik Allah.
0 comments :
Catat Ulasan