Hanya 5 minit ke Jonker Walk menjadikan KARIM CT Guest House tumpuan backpackers antarabangsa untuk bercuti di Melaka

Negeri Melaka sememangnya negeri yang bertuah. Negeri yang mempunyai pelbagai sejarah menarik dan mempunyai lokasi-lokasi tumpuan pelancong seperti Bangunan Merah Stadhuys, Jonker Walk dan banyak lagi.






Kalau sehari sahaja, memang takkan cukup untuk explore!

Luangkan sekurang-kurangnya 2 hari di bandar Melaka. Lihat sendiri keunikkan destinasi tarikan pelancong. Pastikan untuk cuba naik beca yang penuh warna-warni dan berlagu.

Jangan lupa juga untuk minum air kelapa yang telah dibuang kulit luarnya. Mengasyikkan! Anda juga akan dapat lihat pelbagai ragam manusia dan terdapat ramai backpackers dari luar negara.

Tapi yang selalu jadi isu ialah lokasi untuk melelapkan mata, merehatkan badan untuk sambung jelajah keesokan hari. Memang ada banyak hotel tetapi anda perlu buat pilihan sebaiknya untuk elak dari kena klepet :)

Apa kata anda cuba ke KARIM CT Guest House yang terletak di Jalan Temenggong. Hanya 5 minit jalan kaki dari Jonker Walk! Tak perlu susah-susah nak pening kepala.


Lokasi yang strategik ini memberikan anda kelebihan untuk meronda dengan hanya berjalan kaki sahaja. Takde isu jem! Sangat bagus.. Kan?

KARIM CT Guest House mempunyai 15 bilik yang selesa serendah RM45 satu malam. Tahap kebersihan adalah sangat-sangat memuaskan. Bilik air pun bersih takde komplen beb!






Kisahnya.. Karim CT Guest House diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Karim dan Puan Siti sejak tahun 2012 lagi. Semuanya diuruskan oleh mereka berdua. Oleh sebab yang demikian maka tahap kebersihan setiap bilik adalah super bersih!

Pastikan anda memilih Karim CT Guest House untuk penginapan yang terbaik, memuaskan hati serta menjimatkan poket!

Hubungi mereka di:





KARIM CT GUEST HOUSE
+606 286 2975


Atau whatsapp terus ke +6016 284 2975



Pastinya ada bilik yang sesuai untuk anda berehat:) Juga adalah digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tidak kecewa!








Ada bilik yang mempunyai tandas sendiri manakala sebahagian yang lain perlu berkongsi tandas mengikut pakej dan budget anda. Yang penting! Ianya sangat-sangat bersih.




Karim CT Guest House adalah pilihan utama backpackers dan budget travellers untuk menginap di Melaka.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan