Kisah ADV 160: Pengajaran Dari Bateri Lemah

Hari Isnin, saya betul-betul hilang akal bila nak start ADV 160 kesayangan, tapi langsung tak boleh pusing. Motor ni baru setahun setengah pakai, dan jarang-jarang pula digunakan saya beli dulu sebab saya dipindahkan kerja ke HQ Wisma BSN. Selepas 4 bulan, saya dipindahkan semula ke Bangi, jadi motor ni jarang digunakan.

Tup-tup, pagi tu motor tak mahu hidup. Hilang akal! Teringat saya ada join grup ini yang selalu membantu dalam isu-isu motor macam ni. Saya pun post masalah saya, dan pelbagai cadangan diberi. Ada yang kata check remote ganti bettery remote tekan remote sampai hijau, tapi satu komen betul-betul buat saya berfikir—bateri mungkin lemah sebab lupa tutup suis masa turunkan tongkat.

Saya cuba ingat balik, dan ya, kemungkinan besar suis memang tak tutup. Saya terus order bateri baru di Shopee. Sementara tunggu bateri sampai, saya teringat ada beli portable charger untuk speaker saya. Dengan harapan tinggi, saya cuba charge bateri motor semalaman guna alat tu.

Keesokan harinya, saya pasang bateri yang dah dicas, dan Alhamdulillah, motor terus hidup seperti biasa! Lega sangat.

Moralnya, kalau anda seorang pengguna motor, saya sangat cadangkan beli portable charger ni. Ia bukan saja kecil dan mudah digunakan, tapi sangat membantu dalam keadaan kecemasan. Kita tak tahu bila kita akan memerlukannya, tapi bila dah ada, insyaAllah ia akan jadi penyelamat!

Klik sini untuk beli 👉 https://s.shopee.com.my/3fmf7jvBQW

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan