Emak hilang! Sayu seorang anak di Baling


Seorang wanita warga emas dipercayai hilang apabila tidak pulang ke rumah di Kampung Charok Bakong, Pulai, di sini, hari ini. Sebelum itu, Wayah Wanik, 91, dikatakan keluar rumah, kira-kira 10 pagi.

Anaknya, Mohd Shukri Ibrahim, 48, berkata dia sekeluarga menyedari ibunya hilang apabila tidak pulang kira-kira 12 tengah hari. Katanya, mereka kemudian keluar mencari di sekitar kampung tetapi gagal ditemui.

Menurutnya, ibunya yang memakai baju kurung Kedah dan berkain batik berwarna merah hati selalu keluar rumah dan sering berjalan seorang diri walaupun beberapa kali dilarang.

“Emak sudah biasa keluar seorang diri dan pulang makan tengah hari, tetapi kali ini emak tidak pulang. Sebelum ini emak pernah sesat ketika dalam perjalanan pulang dari kedai kerana tersalah jalan tetapi ditemui penduduk," katanya.

Mohd Shukri berkata, penduduk kampung turut membantu mencari ibunya sehingga lewat petang, tetapi menemui jalan buntu.

"Selepas puas mencari tetapi tidak dijumpai akhirnya saya membuat aduan kepada ketua kampung untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Baling Penolong Penguasa Bomba, Mohd Sufian Alias, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.39 malam. “Operasi mencari mangsa bermula 10 malam,” katanya.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan