(3 Video) PPIM Yusuf Azmi hadap gangster dan pertahankan hak pengguna yang terperdaya dengan AGR


Wah! Kecoh kisah pajak kereta sambung bayar. Tahniah kepada PPIM yang diwakili oleh saudara Yusuf Azmi kerana sanggup hadap demi mempertahankan hak pengguna.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa terus menyiasat syarikat pajak kereta, AGR Auto Trade Sdn. Bhd. yang didakwa menganiaya pemilik kereta melalui skim pajakan kereta tersebut.

Ketua Unit Tindakannya, Yusof Azmi berkata, meskipun PPIM telah berjaya membantu kira-kira 60 pemilik mendapatkan kenderaan masing-masing, namun berdasarkan aduan masih terdapat kira-kira 1,440 buah kereta dalam simpanan syarikat berkenaan.

Kita minta sesiapa yang masih ada kaitan dengan syarikat tersebut segera datang ke pejabat kami dan kita akan bantu untuk buat laporan sekali lagi, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membantu pemilik kereta membawa keluar kereta masing-masing dari tempat simpanan kereta syarikat berkenaan di Kajang.

Operasi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook bermula pagi semalam, berakhir kira-kira pukul 5.30 pagi ini selepas semua 60 buah kereta berjaya dikeluarkan.



Mengulas lanjut, Yusof mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses menarik keluar kenderaan mangsa tersebut.

Lihat video.








SERAMAI 23 pemilik kereta yang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka yang ditemui di lokasi berkenaan hari ini.

Usaha bermula pada 11 pagi diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi yang membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan yang menempatkan semua kereta mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Yusuf ketika ditemui berkata, pihaknya telah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke lokasi yang telah dipastikan atau balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutkan.

"Bagaimanapun usaha kami sedikit kesukaran apabila pekerja syarikat trak tunda tiba-tiba enggan menunda kenderaan berkenaan walaupun pemiliknya ada bersama kerana mendakwa diugut pekerja syarikat pajakan terbabit.

"Keadaan itu membuatkan PPIM terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luar kawasan ini dan sehingga kini jam 6 petang kami berjaya mengeluarkan sebuah Proton Exora mangsa sementara kira-kira 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 22 lagi kenderaan," katanya.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai apa-apa.

Menurutnya, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.


Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila pemilik kenderaaan akhirnya menerima notis dari bank memaklumkan terdapat tunggakan bayaran bulanan sehingga tujuh bulan.


Berikut ialah jawapan dari piha AGR yang disiarkan oleh Harian Metro.

"Saya hairan kenapa kawasan menyimpan kereta milik syarikat saya AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) diceroboh.

"Kereta Proton Preve saya turut 'disapu'," kata pengurus AGR, Datuk Seri C Kamaleshwaran.

Menurutnya, dia baru mengambil alih syarikat yang menyediakan khidmat pajakan dan sewa kenderaan itu sejak dua bulan lalu.

"Bekas pemilik AGR menjual syarikat ini kepada saya dengan menjanjikan keuntungan ribuan ringgit.

"Saya mengambil alih pada 1 Mei dan mengetahui banyak masalah termasuk tunggakan bayaran antara pemilik kenderaan yang memajak kereta mereka di syarikat ini dengan penyewa kenderaan mereka, "katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan pemajak yang kehilangan kereta selepas insiden pencerobohan di premis berkenaan.

Menurut Kamaleshwaran, dia terkejut apabila pemilik kenderaan bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menceroboh premisnya.

"Kami sebelum ini sudah memanggil semua pemajak (pemilik kenderaan) untuk berunding mengenai hal tunggakan serta mempunyai perjanjian sebagai langkah penyelesaian untuk memuaskan hati semua pihak.

"Bagaimanapun, tak sangka PPIM bertindak drastik dengan mengeluarkan lebih 50 kenderaan di dalam kawasan milik syarikat kami," katanya.

Menurutnya, dia sedia berunding dengan PPIM untuk menyelesaikan hal ini.

"PPIM bersama 23 pemajak datang membawa keluar semua kereta. Persoalannya, bagaimana dengan nasib kereta pemajak lain yang dibawa keluar tanpa pengetahuan tuan punya badan.

"Kami cuba menghalang dengan cara baik supaya tidak mengeluarkan kereta dari premis kerana tiada perintah dari Mahkamah, namun mereka enggan," katanya.

Sementara itu, seorang pemajak yang mahu dikenali sebagai Azhari, 55, berkata, dia datang dari Seremban ke pejabat AGR hari ini untuk memeriksa keadaan keretanya selepas video itu tular di Facebook (FB).

"Saya risau keadaan kereta saya yang turut dibawa lari sekumpulan lelaki itu. Jika simpan di stor itu, sudah pasti selamat sementara menunggu proses pembayaran yang dilakukan kepada pihak bank.

"Saya nampak kereta di surau berdekatan, namun apabila saya minta sekumpulan lelaki meminta wang RM150 bagi mengambil semua kereta itu," katanya.

Semalam, tular di FB apabila pemajak mengamuk ingin mengambil semula kenderaan mereka di stor milik syarikat AGR. 


Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 dan 427.

--------

Anda ada input tentang PPIM & AGR? Silakan komen.


---------

Updated:

*KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG*

*Makluman Kejadian Ceroboh Stor Syarikat AGR Group di Lot 1926A, Sungai Sekamat, Kajang, Selangor.*

Pada 10/07/2017, Pihak Polis Kajang telah menerima satu laporan Polis berkenaan kejadian Ceroboh Stor Kenderaan di Syarikat AGR Group, Sg Sekamat Bt 13, Kajang Selangor.

Pengaduan 1/L/Melayu berumur 32 Tahun iaitu Executive Manager Syarikat pada jam L/Kurang 1445 hrs, pengadu telah dimaklumkan oleh salah seorang pekerja beritahu terdapat sekumpulan individu dipercayai pemilik kenderaan yang di pajak kepada Syarikat tersebut telah datang ke Stor Syarikat untuk mengambil kenderaan yang berada di dalam stor. 

Mereka juga telah memasuki kawasan stor tanpa menunjukkan apa-apa notis dari pihak Mahkamah. Pengadu juga telah pergi ke stor dan berjumpa bagi berbincang dengan pemajak-pemajak tersebut. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Syarikat kenderaan Towing juga turut hadir bersama Pemajak kenderaan untuk mengambil kereta yang berada di dalam stor tersebut.

Siasatan awal pihak Polis Kajang mendapati, sekumpulan individu bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah merosakkan kunci mangga pada pagar dan menceroboh masuk stor berkenaan dan telah mengeluarkan sebanyak (40) kenderaan dari Stor berkenaan tanpa menunjukkan sebarang dokumen kepada pemilik syarikat. 

Syarikat tersebut merupakan Syarikat yang menjalankan perniagaan memajak dan menyewakan kenderaan dimana pemilik kenderaan telah membuat perjanjian bertulis dengan pihak Syarikat. Sebanyak (23) laporan polis juga telah dibuat oleh pemilik kenderaan tersebut. Semasa kejadian telah berlaku sedikit ketegangan dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Pihak Polis Kajang telah membuka Kertas Siasatan dibawah Seksyen 447 dan 427 Kanun Keseksaan, dimana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tiga bulan penjara atau denda tidak melebihi seribu ringgit atau keduanya sekali bagi kesalahan menceroboh, manakala kesalahan perbuatan khianat jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Serdang juga turut menjalankan siasatan dengan membuka Kertas Inkuari Polis (KEP) ke atas Syarikat ini ekoran sebanyak (22) laporan polis yang telah dibuat oleh pemilik kenderaan berkenaan mengatakan telah tertipu.

Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat berkaitan kes ini.

Tq.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan