18 TIPS BUAT SAHABAT / SAUDARA MARA YANG BAKAL MENGERJAKAN HAJI

Alhamdulillah sekali lagi musim haji tiba dan pastinya ramai sedang bersiap untuk menyahut seruan Ilahi. 

Kami mendoakan kesejahteraan anda dan semoga diberikan keupayaan serta kesihatan untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, insyaAllah.


Berikut ialah beberapa perkara yang boleh diambil maklum sebagai rujukan:

1) Bawa berus dan sabun cap Buruh untuk membasuh baju dan lain-lain. Ini kerana sabun cap Buruh tahan kena air. Kualiti sabun serbuk di sana agak kuat dan boleh menyebabkan kain reput. Di hotel terdapat servis dobi tetapi kena bayarlah ya :)

2) Bawa extension cord. Akan ada banyak jasanya nanti lebih lagi bila berkongsi dengan rakan sebilik untuk caj telefon. Di Mina juga akan ada keperluan, jangan lupa bawa adapter antarabangsa ya.

3) Bagus juga bawa tali ampaian buat gantung baju di dalam bilik nanti. Sesetengah hotel kita boleh keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4) Sediakan panadol dan ubat-ubat asas lain. Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.

5) Bawak quran kecik yang sendiri punya.Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah. Baru ada nostalgia.. best.

6) Makanan di sana kebanyakannya tak pedas. Banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, serunding daging, sambal dah siap dibotolkan dan lain-lain.

7) Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar). Jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap-siap dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar batu lebih dibuang. Haram bawa balik.

8) Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat..Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain,janjisiap-siap dengan isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (Pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pi dlm kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9) Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10) Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up seperti Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile. Kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga.

11) Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dan lain-lain.

12) Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH. Boleh keluar duit hari-hari yang mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13) Masa taklimat sebelum flight ada kaunter untuk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk kegunaan duit poket.

14)  Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir-gilir boleh ambil nasi makanan tengahari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.

15) Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa-apa.Jangan takut minta tawar.

16) Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17) Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di masjid pastikan yang ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru atau hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak di dalam masjid.

18) Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat..solat sunat taubat dll...Minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah-mudahan dimaqbulkan.


SELAMAT BERANGKAT, KAMI DI SYARIKAT PELANCONGAN YASKIN MENDOAKAN SEMOGA SEMUA URUSAN IBADAH DIPERMUDAHKAN DAN MENDAPAT UMRAH / HAJI MABRUR, AMINN.

P/s: Bila nak guna bilik Barakah tu jangan rebut-rebut ye. Jangan malu-malu. Tanya sapa yang simpan kunci.

#Yaskin #AgensiPelancongan #Haji #Umrah #Tips

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan