Perhatian pemilik anjing.. Wajib tahu! Fakta penyakit rabies atau anjing gila


Woihh! Kecoh nampaknya pasal penyakit anjing gila! Dulu-dulu masa sekolah rendah 30 tahun lepas selalu jugak la dengar tapi sekarang ni timbul semula. 

Nih info yang mungkin bermanfaat untuk korang tahu.

1. Setiap tahun, Rabies menyebabkan kematian kepada 69000 manusia seluruh dunia.

2. Di anggarkan, setiap 15 minit, 1 kematian Rabies di catatkan.

3. 99% kes rabies berpunca dari gigitan anjing

4. Walaubagaimanapun, Rabies merupakan penyakit yang dapat di cegah 100%

5. Vaksinasi Rabies kepada 70% populasi anjing dapat menghentikan penularan virus Rabies. Kalau bela anjing tu pandai-pandailah pergi vaksinasi.

6. Sarananan kepada pemilik anjing , pastikan anjing anda di vaksinasi kerana vaksinasi anjing dapat menyelamatkan nyawa manusia!

Tambahan:
1. Ada yang bertanyakan ada tak vaksin rabies untuk manusia?

- Ada, tetapi....

- Adalah tidak praktikal dan kos efektif dalam memvaksinkan manusia. Kos satu dose vaksin manusia adalah mahal, dan untuk mencapai perlindungan memerlukan banyak kali dose.

- Haiwan seperti anjing adalah pembawa virus, maka adalah lebih baik memvaksinkan anjing. Dan dengan harapan, rabies akan terhapus sama sekali apabila haiwan yang divaksinkan itu dapat melawan virus berkenaan daripada merebak.

2. Tiada ubatkah rabies ini?

- Ada, tetapi,

- Hanya untuk yang tiada simptom. Ianya dikenali sebagai injeksi rabies immune globulin. Ianya perlu diberikan secepat mungkin dan diinject disekitar tempat bekas gigitan. Dan disusuli dengan beberapa dos vaksin rabies.

- Yang sudah ada simptom neurologikal, kebiasaanya penyakit rabies akan berakhir dengan kematian.


- Sebab itu, pencegahan seperti vaksin adalah lebih baik berbanding berubat.

----------------

Extra:
2 Beradik Dijangkiti Virus Rabies Meninggal Dunia

Dua beradik dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian yang positif dijangkiti virus rabies meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, sebentar tadi 4hb Julai 2017.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian, kematian kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia 4 tahun disahkan pada pukul 1.43 dan 1.46 petang tadi.

"Kedua-dua beradik ini didiagnosis sebagai mati otak dan ibu bapa mereka bersetuju untuk menghentikan alat sokongan bantuan hidup.

"Seorang lagi kanak- kanak perempuan, berusia tujuh tahun yang turut dijangkiti virus sama dari Kampung Lebur, Gedong, Serian masih dalam keadaan kritikal tahap tiga," katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di HUS, mendapati mayat kanak-kanak lelaki terbabit tiba di Jabatan Perubatan Forensik pada pukul 3.15 petang, diikuti mayat kakaknya pada pukul 4.13 petang.

Sebuah van kemudian dilihat meninggalkan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik membawa pulang mayat dua beradik itu ke rumah mereka pada pukul 4.45 petang.


----------------


Anjing Berkelakuan Pelik?

Apakah Langkah Langkah Pecegahan Rabies

SERIAN: Penduduk Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dekat sini, mendakwa anjing peliharaan mereka mula dikesan berkelakuan pelik sejak hujung April lepas.

Arry Baee, 46, berkata anjing-anjing peliharaan itu bertindak liar dan mengigit penduduk kampung menyebabkan mereka terpaksa bertindak membunuh haiwan tersebut.

“Kami mula mengesan perubahan terhadap anjing-anjing tersebut apabila ekor melengkung ke bawah, air liur meleleh tidak henti-henti dan bertindak agresif dengan menerkam apa sahaja sama ada pokok, manusia atau ekor sendiri.

“Semakin lama, haiwan itu berkelakuan tidak normal, berlari ke sana sini. Ada satu kes seorang nenek digigit anjing, dan haiwan itu kemudian lari seperti ‘gila’ ke jalan raya dan dilanggar kereta,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata penduduk kampung sebulat suara mengambil keputusan untuk membunuh anjing yang berkelakuan tidak normal selepas berbincang sesama mereka.

Bekerja sebagai petani, Arry berkata dia sendiri terpaksa membunuh dua ekor anjing peliharaannya selepas dikesan berkelakuan tidak normal.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak, dijangkiti virus rabies dan kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Tinjauan Bernama di kampung yang terletak kira-kira 80 kilometer dari bandar raya Kuching itu, mendapati aktiviti harian penduduk majoritinya petani masih berjalan seperti biasa. Turut kelihatan beberapa ekor anjing yang masih bebas berkeliaran di kampung tersebut.

----------------

Sekiranya anda mendapati anjing peliharaan berkelakuan pelik ataupun aggresif,

Berikut merupakan langkah langkah pencegahan penyakit Rabies yang boleh di lakukan.

1. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar.

2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama anjing liar.

3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat.

4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.


5. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Lihat video di bawah:



Sebarkan supaya lebih ramai sedar dan faham bahaya rabies.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan