Pegawai penjara ini perjelas isu kemalangan orang awam dihimpit oleh kenderaan Jabatan Penjara Kajang


UNTUK PENGETAHUAN ORANG AWAM TENTANG PENJARA...

Dulu sy sama mcm brother nizam nie.. dok marah kan jail.. kata jail bajet mcm polis nak kena bagi laluan la.. nak kena himpit tepi smpai jem jalan nak bagi laluan kat dia... mengalah kan vvip..


Mcm2 lagi la x puas hati punya pasal.. Tup2 sy pulak terpanggil jadi pegawai penjara... Bila dah dok kerja penjara.. baru la sy faham segala-gala nya apa yg sy dok pertikaikan.. apa yg sy dok x puas hati... Semua nya terjawab.. kenderaan penjara.. itulah ambulans .. itu lah kenderaan nak bawa okt rawatan.. kenderaan untuk pengiringan banduan yg berisiko dan banduan kurang berisiko..

Semua guna kenderaan yg sama.. sbb masa tu sy x duduk dan faham kerja mereka.. mereka lah insan yg sanggup letak nyawa bagai di hujung tanduk demi keselamatan negara dan kita.. tetapi yg semua sedia maklum... penjara x famous mcm jabatan lain.. sbb tu orang x tahu tugasan nya bagaimana.. risiko kerja nya mcm mana... yg pakai uniform penjara boleh di anggap sebagai orang gila sbb kerja mereka berisiko tetapi mereka sanggup laksanakan kan juga..

Mereka sanggup meletak kan nyawa dlm sebuah tembok dikelilingi dengan ratusan dan ribuan pesalah yg terdiri dari pelbagai segi jenayah.. 

Mereka ttp bekerja demi keselamatan orang awam lain dengan 1 anggota nisbah 200 orang banduan... adakala 1 nisbah 500.. kalau budak tadika x pew lagi.. nie semua pesalah jenayah dr kes berat sampai lah kes paling kecil... dengar 1 nisbah 200 pun bunyi mcm x logik... tapi tu lah hakikat sbnr nya... kira okay 1:200... kalau yg 1:500... orang gila jew snggp.. lebih baik jaga binatang dr jaga orang.. binatang cukup mkn.. x ada ragam.. manusia.. bagi apa pun ttp x cukup. .dengan ragam setiap hari.. dengan mcm2 masalah nak kena hadap.. mintak macam2 lagi nak suruh layan mcm putera raja...

Biasa nya pengiringan dngn motor.. ia melibat kan banduan yg berisiko tinggi seperti orang tahanan yg dikenakan dlm kaedah sosma iaitu kesalahan yg melibat kan kongsi gelap.. jenayah terancang... penganas.. kalau kenderaan tu berhenti di jem.. sng2 la dia orang nak rancang apa2 untuk ambil kembali orang yg sdng di iring... So rasa nya kalau orang luar faham... isu nie tak kan pernah timbul.. tapi kalau rasa nya masalah kemalangan tu sy rasa ada 2 pendapat .. 


1) Mungkin kesalahan penjara tak ikut tatacara pengiringan..

2) Kesalahan pemandu kerana tidak ambil peduli bunyi amaran siren.. dan memandu dengan jarak yang rapat.. kebiasaan nya siren akan dibunyikan awal tanda amaran kenderaan penjara atau pun apa2 kenderaan yg diwartakan sebagai kenderaan bantuan exmple ambulan bomba atau kenderaan keselamatan (polis,jpj,penjara).. 

Sepatut nya yg memandu dah kena mula perlahan kan kenderaan dan bersedia bagi apa2 kerjasama kepada mereka.. tapi kebanyakan pemandu di Malaysia.. ambulan blkng kereta pun buat x taw... buat mcm x ade apa.. itu lah sikap orang malaysia.. lagi satu suka buat satu kesimpulan tanpa ada mengkaji nya dulu.. lepas tu viral kan konon nya dia bagus.. dia betul.. cari publisiti murahan.. tagih simpati... itu pun dah tunjuk langkah x bijak..

Kami tak mintak pun disanjung ..Cuma nak kamu fahami dan hormatilah tugasan kami...

* Perkongsian dari Muhammad Naim

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan