Sikap pemilik bengkel kereta di Shah Alam ini wajar di..

Berhati-hati dari tertipu dengan pemilik bengkel kereta yang selalu cekik darah sembelih orang yang dalam kesusahan! 

Lain kali hantarlah kereta anda ke Double S Garage Seksyen 15 Shah Alam untuk khidmat baiki kereta yang bagus!

Sekadar mahu berkongsi maklumat yang dirasakan bermanfaat kepada ramai orang terutamanya pemilik kenderaan.

Alhamdulillah syukur! Aku sangat berpuas hati dan berterima kasih sangat dengan tokey bengkel kereta Shah Alam ni. Nama panggilannya Siong! Memang orangnya suka menolong. Aku kenal dia ni sejak beberapa tahun lepas.

Waktu dia mula-mula ambil alih bengkel kereta di Dataran Otomobil Seksyen 15, aku macam tak konfiden sangat. Tapi selepas beberapa kali hantar repair kereta, aku rasa terhutang budi dengan jasa baik Siong ni.  Banyak aku jimat!

Senang berurusan dengan dia dan memang bengkel Double S Garage milik Siong ni buat kerja dengan cermat. Dia ada pembantu yang bagus bernama Haniff. Orangnya masih muda tapi cekap buat kerja.

Yang paling penting ialah dia tak menekan harga macam kebanyakan bengkel kereta yang lain. Dia jenis tak berkira soal harga. InsyaAllah boleh tawar menawar dan yang bagusnya dia memang dah bagi diskaun siap-siap.


Pengalaman aku repair kereta kat tempat lain.. Selalunya mereka akan terus tukar satu set baru. Takde nak adjust-adjust supaya kita dapat berjimat. Tapi lain dengan Siong ni.. Dia seboleh-boleh akan cari jalan supaya kita dapat kurangkan kos repair kereta. Aku takdelah nak promo apa pun pasal Double S Garage ni.. Cuma aku rasa terhutang budi atas jasa baik dia.. Selain dari itu aku nak bagitau kat korang juga.

Cukup-cukuplah selama ni kita kena sembelih bila hantar repair kereta.

Tadi kereta kelisa kuning aku kehabisan minyak hitam. Kering kontang beb! Takde pulak nampak leaking ke apa. Tapi bila Siong dah tengokkan tadi.. Dia nasihat, topup ajelah minyak hitam. Kalau service time ni memang banyak kerja dan kosnya agak tinggi. Malah sepatutnya enjin ni kena overhaul.. Tapi kalau belum ada budget, elok tambah je dulu minyak hitam.

Kalau bengkel lain.. Sah-sah dia suruh buat semua tu. Memang jeratlah jawabnya! Aku tak hantar kereta kat tempat lain dah. Jadi lepas ni korang cuba-cubalah hantar kereta ke Double S Garage ni. InsyaAllah korang puas hati!

Double S Garage
Dah berpindah ke No 46-G, No 59-G, Jalan Pahat H15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam.

Contact: Siong 017-245-3840




UPDATE:
Bengkel ini telah berpindah lokasi, hanya seberang jalan dari tempat lama dan belum menukar signboard, masih gunakan signboard kedai lama, AC Motorsport.

Dan yang terbaru, mereka juga sudah menambah bilangan pekerja kerana mendapat respon yang bagus dari pelanggan yang pernah membuat servis kenderaan di sini.

Nak tukar enjin pun boleh!




Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments :

  1. Assalamualaikum..
    Terima kasih & sangat membantu.

    Belum Ada Kereta, Nak beli kereta.. Dah Ada Kereta, Nak tukar atau tambah kereta.. Kalau nak beli Kereta Perodua, cari saya SHAHRIL.
    kereta Perodua Baru, Perodua Bezza, Perodua Alza, Perodua Myvi, Perodua Axia, boleh hubungi saya utk mendapatkan Diskaun Perodua Terkini di peroduabest.com/#promo

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    Terima kasih & sangat membantu.

    Belum Ada Kereta, Nak beli kereta.. Dah Ada Kereta, Nak tukar atau tambah kereta.. Kalau nak beli Kereta Perodua, cari saya SHAHRIL.
    kereta Perodua Baru, Perodua Bezza, Perodua Alza, Perodua Myvi, Perodua Axia, boleh hubungi saya utk mendapatkan Diskaun Perodua Terkini di peroduabest.com/#promo

    BalasPadam
  3. Salam

    Nak tanya bengkel ni ada tak servis aircond kereta? And waktu operasi kedai ni macam mana?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Terima kasih di atas recommedation saudara tentang workshop kami. Semoga Allah dapat membalas jasa baik owner blog ini.
    Untuk pemberitahuan workshop kami telah berpindah ke workshop baru hanya seberang jalan dgn workshop lama. Sama jalan pahat H 15/H cuma dari 59G bertukar ke 46G aje. So alamat penuh
    Double S Garage
    46G Jalan Pahat H 15/H
    Dataran Otomobil
    Sek 15 Shah Alam

    0172453840 Siong

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Gas top up serendah rm25 itu janji kami

    BalasPadam
  7. Salam sejahtera. Nak tanya. Kereta saga flx. Enjin bunyi kuat bila kelajuan cecah 80km ke 100 km. Mgkin bearing roda problem. Sbb brek pad dah tukar.tpibmasih bunyi
    Brapa anggaran harga ?

    BalasPadam
  8. Salam Sejahtera,
    kalau mounting engine sebelas atas getah dah crack/retak berapa kos tukar?

    BalasPadam