De' Palma Hotel Shah Alam bikin malu!

Di kongsikan oleh Razali Zakaria di group Facebook Shah Alam Residents tentang keburukan De Palma Hotel Shah Alam. Satu pengalaman yang mengecewakan! Dan lebih penting ianya MEMALUKAN.

----

Tadi ana buat posting:
'Mengejutkan di Hotel De Palma Seksyen 19!!!! tungguuuu'

Sebenarnya ana bukan apa.. tak pernah menginap di De Palma sbb rumah ana pun di Sek 19. Tapi sahabat ana dari kampung di Kedah (Kodiang) menginap di situ mlm tadi. ana bawa ke D'Art penuh.. yg dekat D'Art (tah apa nama hotel tu) pun penuh.. ana tanya di De Palma.. bilik standard yg harga lebih kurang RM150 habis.. yg ada Eksekutif Room RM280 (dlm website De Palma tiada jenis bilik spt ini diterangkan).

Ok sahabat ana setuju sbb dah malam... bayar RM350 sekali deposit..terus checkin..(room 415) cuba bayangkan bilik harga RM280 mesti la class.. mesti ada sofa.. tapi bila masuk hanya ada katil dan tv.. atas meja ada pek gula/nescafe/cawan.. tapi nak buat air panas tak boleh sbb tiada electric kettle.. hehehe mungkin suruh guna water heater dlm bilik mandi.. aircond pula panas..

panggil budak baiki pun tak boleh..bilik memang la tak ada standard RM280... pindah bilik 418.. ok la sikit ada sofa dan electric kettle.. (tapi tak diberitahu harga bilik itu)..pagi tadi call receptionist.. tanya kenapa bilik yg awal (415) mcm tu.. tak ada standard langsung dgn harga.. pas tu bila tanya berapa harga bilik 418 dikatakan pula RM350... ooo makkkk... dan tak dpt balik deposit... (kenapa mlm tadi bila dipindahkan customer tak diberitahu bilik tu harganya RM350..mungkin customer akan fikir dua kali)..

bila ana dan sahabat ana tu mula bising maka dikatakan pula bilik itu berharga RM280 ja (cuma diupgradekan) dan deposit dipulangkan.. RM70 bagi org kampung amat bernilai.. masalahnya kenapa awal2 tak bagi bilik 418 tu jika harganya RM280.

Dan, w/pun bilik 418 tu berharga RM280 cuba antum check dlm website berapa harga bilik kat concorde shah alam.. rasanya keadaan bilik paling murah tak sampai RM200 di concorde lebih bagus drpd Eksekutif Room De Palma yg berharga RM280 ke atas... sekian kpd pengurusan De Palma silalah beri perhatian.. jgn kerana dtg dari kampung mungkin dianggap orang susah/miskin ahhh.. 'tak mengapa letak bilik mcm 415 tu..' jgn anggap mcm tu... ana malu kalau hotel di Sek 19 ni indah khabar dari rupa sbb ana tinggal dekat De Palma je.. lagipun ana orang media.. malu oo... tu je lah yg mengejutkan pun.. kalau tak terkejut minta maap la huhuhu

Link posting asal - SINI

----

Ini respon dari netizen di group Shah Alam Residents.




So apa respon yang bakal diberikan oleh pihak pengurusan De Palma Hotel Shah Alam? Kita tunggu!

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan