Dato Aliff Syukri tukar angin terlajak taja ke JDT pula?


Selepas hajat pemilik syarikat kosmetik terkenal D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menaja pasukan Kedah berkubur, kecoh pula di laman sosial usahawan terkenal itu bakal beralih angin menaja Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Gambar Aliff bersama pemilik kelab Harimau Selatan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mula menjadi viral semalam hingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penyokong tegar Johor DT mengenai kesahihan berita itu.

Bagaimanapun, ketika Arena Metro mendapatkan cerita sebenar, usahawan yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu enggan memberi sebarang komen, sebaliknya mahu pihak media menunggu sidang media khas yang akan diadakan di ibu kota petang ini.

Namun menurut sumber rapat dengan usahawan itu, TMJ dan syarikat D’Herbs tidak pernah berbincang untuk menjalinkan sebarang kerjasama kerana juara Piala AFC itu sudah mempunyai sumber penajaan kukuh.

“Saya boleh pastikan gambar yang tersebar itu sememangnya tiada kaitan langsung dengan Datuk Aliff bakal menaja Johor DT.

“Sebaliknya gambar itu hanya diambil ketika Datuk Aliff menyaksikan perlawanan Kedah menentang Johor DT di Larkin tempoh hari.

“TMJ ada menjemput Datuk Aliff duduk bersamanya ketika waktu rehat perlawanan sambil menikmati juadah.

“Sebelum aksi disambung semula, mereka ada merakam kenangan dengan mengambil gambar. Itu saja, malah perbualan mereka juga tiada kaitan dengan bola sepak sebaliknya lebih kepada soal peribadi,” kata sumber itu, semalam.

Kelmarin, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) membuat keputusan menolak tawaran penajaan berjumlah RM30 juta daripada syarikat berkenaan berikutan terma perjanjian yang dikemukakan D’Herbs sukar untuk dipenuhi.

Sebelum ini, pada Januari lalu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) juga terpaksa menolak penajaan usahawan itu yang meletakkan hampir 20 syarat ‘pelik’ sekali gus menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penyokong Merah Kuning.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan