Waris jahil rebut harta pusaka sebabkan isteri dan anak-anak arwah tertekan sedih!


Ahad haritu ada jumpa balik dengan Puan Ira (bukan nama sebenar), berkaitan dengan permasaalahan yang di hadapi selepas kematian suaminya. Kedatangan saya pada pagi tu adalah untuk menerangkan secara jelas apa itu faraid, siapa yang berhak ke atas harta arwah, mintak keluarga arwah pulangkan balik sijil mati yang original dan yang paling mencabar sekali ialah untuk menyatukan kembali silatulrahim yang nampak semakin renggang.

Dasyat tau impak bila berkaitan dengan harta pusaka ne, ingat yang datang dalam 3 orang je, sebab saya cakap saya nak jumpa waris je, supaya senang dorang tahu apa yang patut dorang tahu dan ada ilmu sikit pasal pusaka ne, tapi yang datang 12 orang. 

Kecut perut jugak, tak sangka ramai yang datang nak dengar tentang pusaka ne, sebab perjumpaan ne ramai, Puan Ira siap sewa training center sebab Puan Ira tanak family arwah datang umah puan ira.. iyalah aritu datang malam2 serang Puan Ira, mana tak Puan Ira tu jadi fobia dengan dorang. Bila tengok ramai yang datang macam tu, keluar balik dewan.. call suami, cakap takut.. hahaha sebab muka dalam tu sume macam tak puas hati je.

Pastu suami cakap anggap je dorang tak tahu apa2.. kita datang bukan nak cari gadoh pun.. nak bagi kefahaman tentang hukum Allah..

Alhamdullilah, lega sikit suami cakap mcm tu, masa bagi penerangan tu perkara pertama yang saya buat ialah carta faraid arwah.. arwah meninggalkan seorang isteri, seorang ibu, seorang ayah, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.. saya cakap ne je waris2 arwah yang akan dapat hak ke atas pusaka arwah. Tiba2 adik arwah tanya, kakak sulung arwah tak dapat ke? saya cakap tak.. Sebab arwah ada mak dan ayah.. dan yang paling penting ada anak lelaki.. anak lelaki ne penghalang untuk adik beradik arwah dapat pusaka arwah.

Lepas tu saya list kan apa asset arwah.. dan yang paling saya tekankan ialah HUTANG2 ARWAH yang masih tertunggak. Dalam al quran kalau kita ada hutang, roh kita tak ke atas tak kebawah.. terapung2, walau mati shahid sekali pun. Saya cakap perkara pertama yang saya nak selesaikan sekarang ne ialah hutang arwah. Sekarang ne sijil mati ada dekat ibu arwah, macam mana Puan Ira nak buat carian sebab Puan Ira tak tahu berapa hutang arwah sebab Puan Ira waris terdekat. 

Ibu dan bapa arwah tak boleh buat carian. Saya mintak ibu arwah pulangkan sijil mati dekat Puan Ira.. saya terangkan dekat dorang Puan Ira tak boleh buat apa2 pun.. nak cairkan asset pun tak bole sebab selagi pusaka kecil tak panggil bicara. Selagi itu tak bole nak cairkan asset.

Sekarang ne kalau berkeras jugak macam mana nak selesaikan hutang arwah. Lepas tu balance asset arwah tu, baru lah kita bagi secara faraid.. sebab sekarang ne nampak persetujuan memang dah takde, nampak waris mmg tanak lepaskan hak bagi pada Puan Ira.. so saya cakap dalam pembahagian ne ibu n bapa akan dapat 1/6 sahaja.. balance tu pergi ke Puan Ira dan anak2.. die cakap saya pandai2 je bagi pembahagian tu.. saya cakap lah, pergi ambik al-Quran, bukak surah An-Nissa, baca ayat 11,12 dan 176.. Allah dah letakkan pembahagian kat situ.. baru dorang diam.. saya cakap lagi orang paling sikit dapat pembahagian ne Puan Ira.. kalau dia pikir kan portion yang die dapat tu, confirm die tak beria pun nak kat harta tu tapi Puan Ira pikir hutang arwah yang tak selesai2. 

Pastu saya cakap, ibu dan bapa ne dapat pusaka arwah ne beserta dengan tanggung jawab.. kene ambik tahu pasal kebajikan anak2 yatim ne.. pastu abang Puan Ira bersuara, die cakap korang tak kesian ke tengok dengan anak2 yatim ne?? Korang takde perasaan ke tengok dorang yang baru kehilangan tempat bergantung?? Korang tahu tak korang ne wali utk anak2 arwah? Die cakap dengan lantang.. sume anak2 arwah menangis.. saya pun nangis. 

Sedih sangat.. dulu cuti sekolah boleh balik umah nenek, sekarang cuti sekolah berendam air mata.. macam orang asing dah sekarang ne, lepas tu saya cakap la.. perkara paling penting dalam pengurusan pusaka ne ialah MUAFAKAT, jangan lah nak pikir sangat hak dapat, sebab sume tu outomatik ada dalam sijil faraid.


Faraid ne sebenarnya last sekali dalam pengurusan harta. Tapi kita, orang melayu pikir faraid dulu.. HUTANG tanak pulak pikir, kadang2 ada pusaka yang untuk bayar hutang arwah pun tak cukup.. Rasanya,ada tak waris nak tolong bayarkan? Masa perbicaraan kat pejabat pusaka kecil nnt, kene ada MUAFAKAT. Kalau takde kene balik, nnt drag lagi perbicaraan. Kalau asyik drag, sampai bila bila tak settle..

Bila semua dah paham dengan penerangan yang saya beri, persetujuan pun tercapai, ibu dengan rela hati, bagi sijil mati tu pada Puan Ira.. senang sikit Puan Ira nak buat keje.. sedih kan???? 

Pasal harta pusaka, silaturahim pun boleh terputus. Sebenarnya ibu dan bapa arwah ok, tapi kakak arwah yang cucuk, cakap Puan Ira nnt kebas sume harta arwah, tapi yang sebenarnya die pikir die ada hak kat atas pusaka tu. Sedangkan seposen pun die tak dapat.. buat penat je ulang alik dari Perak ke Semenyih semata2 datang nak dapatkan hak die.. saya cakap ilmu faraid ne, tak semua orang tahu, tolong la ambik tahu sebab ilmu ne la ilmu pertama yang Allah akan tarik dari dunia ini.

Sekarang kita sihat, kita rasa kita dah tahu semua dah, bila ada org menyapa untuk berkongsi ilmu Faraid Hibah wasiat kita cakap kita tak ada masa, sibuk dan sebagainya.. tapi bila kita tiada, anak isteri kitalah orang yang paling terseksa sekali. Jadi jangan lah kita tinggalkan mereka dalam keadaan bebanan hutang, nafkah makan minum, pakai dan tempat tinggal dalam keadaan terabai.

Credit Pn Siti Hajar Abdullah

--

Inilah yang dikhuatiri akan terus berlaku dalam keluarga muslim. Berebut harta pusaka isteri, harta pusaka ibu, harta pusaka suami.. Sedangkan semua harta pusaka kecil atau besar sudah ada perkiraan pembahagian harta pusaka dalam islam.

Mohon ambil iktibar dan share artikel ini supaya lebih ramai sedar.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan