Terlajak kecoh netizen bila Dato Aliff Syukri mengamuk!


Pagi Rabu 14hb Jun 2017 berlaku satu kekecohan di rumah abang terlajak laris, Dato Aliff Syukri oleh kerana karenah dari pembantu rumahnya yang cuba melarikan diri serta membawa barang curian yang bernilai ribuan ringgit.

Isu tersebut mula tular di Facebook dan Instagram apabila Dato Aliff Syukri membuat live video kerana ingin mendedahkan kepada umum kejahatan yang telah dilakukan oleh bibik tersebut. 

Ramai netizen mengecam tindakan beliau tetapi tidak kurang juga yang menyokong.

Kata Dato Aliff Syukri dalam video seterusnya, beliau mahu mengelakkan orang lain pula terkena dengan bibik yang sama. Kita saksikan video dari posting beliau di bawah.






Oleh kerana onar dari seorang bibik yang baru bekerja sebulan maka bibik lain juga terkena tempiasnya. Malah bibik kesayangan Dato Aliff Syukri juga menjadi mangsa fitnah.




Penjelasan dari Dato Aliff Syukri akhirnya meredakan keadaan. Malah Dato Aliff Syukri tidak membuat laporan polis tentang bibik tersebut. Walaupun netizen mengecam dan mengatakan curian tersebut langsung tak luak harta tetapi itu bukanlah isu utama.

Ini soal kepercayaan.

Kepada Dato Aliff, teruskan terlajak laris dalam perniagaannya dan semoga tabah hadapi apa juga musibah yang datang sebagai ujian.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan