Tips hipster untuk solat tahajud oleh mutalis terkenal Lutfi Lokman


CARA SOLAT TAHAJUD.

Kedapatan ramai yang bertanyakan saya tentang bagaimana untuk solat tahajud. Apakah ada cara tertentu daripada mula bangun tidur sehingga selesai mengerjakan tahajud?

Saya pun tak berapa pandai, tapi saya temukan antara perkara sunnah yang diceritakan di dalam hadis yang boleh kita amalkan. 

Semoga bermanfaat.

1. Bangun daripada tidur dan duduk bukan terus berjogging atau mencari telefon atau membuka Facebook dan update 'done bangun sedia untuk tahajud'.

2. Menggosok mata kesan tidur.

3. Membaca doa bangun daripada tidur. Kalau tak tahu, boleh cuba tanya anak-anak. Depa kebanyakannya ingat dan tahu. Kita bukan tak tahu, kita terlupa je. Bukan membaca newsfeed daripada Facebook atau membaca buku teks Alam dan Manusia.

4. Baca 10 ayat akhir daripada surah Al Imran, Al Quran. Jangan tertukar dengan sahabat saya bernama Ali Imran. Beliau adalah Wartawan Awam.

5. Mencuci tangan kerana kita tidak pernah tahu di mana letaknya tangan ketika tidur. Lainlah kau ada CCTV.

6. Bersiwak/Gosok gigi/Berwuduk/ Mandi junub yang mana terlebih baik buat kita. Juga tidak perlu di update di Facebook. 'Done mandi junub'.

7. Solat tahajud seperti yang Rasulullah SAW ajarkan. Solat 2 rakaat atau 4 atau 6 atau 8 dan disudahi dengan witir 1 atau 3 atau 5 rakaat.

8. Beristighfar. Memohon keampunan daripada Allah. Yerlah, kita manusia yang dijadikan dengan penuh dosa. Maka, kena sedar diri dan cepat-cepat bertaubat. Mati tidak pernah ada tarikhnya buat kita.

9. Membaca Al Quran dengan penuh kefahaman dan tadabbur. Tak tahu? tak faham Al Quran? boleh belajar weh.

10. Jangan buat sendiri sahaja. Ajak kaum keluarga juga. Ajak isteri. Ajak suami. Ajak anak-anak. Ajak mak ayah. Ajak orang dalam FB ni. Kita sama-sama hidupkan malam.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran pada surah Al-Isra' ayat: 79 yang bermaksud: “Dan dari itu hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk melaksanakan solat tahajud, sebagai solat sunnah untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau pada kedudukan yang terpuji”

Tak best lagi macam tu janji Tuhan?

ikhlas,
Lutfi Lokman 
#mutalis kuat tidur.

P/s : sila semak dan rujuk dengan ustaz masing-masing jika ada kekeliruan dan pertanyaan.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan