Kepala apak dia harga tumit tinggi cecah RM70 juta!


Kasut tumit tinggi dihiasi emas, sutera dan ratusan berlian berharga AS$17 juta (RM70 juta) dikatakan pembuatnya sebagai termahal di dunia kini dibuka untuk jualan.

Ketika beberapa jenama fesyen terkemuka seluruh dunia bergelut menjual pakaian mewah, Jada Dubai yang berpangkalan di Dubai adalah syarikat rekaan yang tidak ramai pengikut di media sosial mendedahkan sepasang kasut tumit tinggi kulit bersalut emas dihiasi berlian.

Setiap kasut menonjolkan permata: berlian sempurna 15 karat berbentuk bulat berhampiran bahagian hujung jari.

“Dubai adalah bandar raya dihuni jutawan dan hartawan.

“Kami melihat ia sebagai pasaran berpotensi selain seluruh rantau Teluk,” kata ketua eksekutif Passion Jewellers, Hemant Karamchandani yang membekalkan barang kemas.

Satu-satunya kasut seumpama itu boleh dibuat mengikut saiz pelanggan selepas mereka membayar harga penuh.

Dubai adalah hab bagi fesyen Teluk dan hos Minggu Fesyen Arab menyaksikan pertambahan bilangan pelancong sejak beberapa tahun lalu dengan lebih 16 juta pelawat mengunjungi negara itu tahun lalu.

***
Ulasan Sotong Kicap:

Fuh! Confirm mak Arab berebut ni. Alah setakat RM70 juta tu apalah sangat untuk diorang. Celah gigi je duitnya.

Kita tengok ajelah.. Dah boleh masuk kategori pembaziran yang bongok kalau beli. Kan?

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan