Angka kematian disebabkan tsunami meningkat di sini dengan pihak berkuasa mengakui kesukaran mencari mangsa disebabkan banyak jalan ke lokasi rosak.
Ini dimaklumkan oleh Ketua Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Willem Rampangilei, kepada wartawan di Sulawesi, lapor laman web Kompas.
“Dianggarkan 10,000 penduduk yang lari daripada bencana kini berada di 50 tempat di kota Palu,” katanya yang dipetik oleh Kompas.
“Kami mengalami kesukaran menghantar peralatan berat untuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan kerana banyak jalan ke kota itu rosak,” katanya lagi.
Siaran rakaman amatur oleh stesen televisyen menunjukkan ombak merempuh rumah di sepanjang pantai Palu, menyebabkan kontena kapal berterabur dengan air memasuki sebuah masjid di bandar itu.
Selain itu, puluhan orang kini dirawat di khemah perubatan kecemasan di tempat terbuka.
Pihak berkuasa mengesakan foto menunjukkan mayat diletak di sepanjang jalan Sabtu lalu, sebahagiannya dalam beg dan yang lain wajah mereka ditutup dengan pakaian.
Palang Merah memberitahu, petugas dan sukarelawannya masih dalam perjalanan ke kawasan terbabit.
“Kami dapat mesej terhad mengenai kemusnahan di Palu tetapi belum dengar apa-apa dari Donggala dan ini amat membimbangkan.
“Lebih 300,000 penduduk berada di sana. Ini satu tragedi dan mungkin keadaan sebenarnya lebih teruk,” menurut kenyataannya.
Ratusan orang berhimpun menghadiri satu pesta di pantai Palu apabila ombak besar melanda senjata Jumaat lalu menyebabkan ramai maut dan kemusnahan besar.
Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual melakukan lawatan ke tempat terbabit hari ini.
***
Ulasan Sotong Kicap:
Bertabahlah wahai saudara-saudara yang ditimpa bencana. Banyakkan bersabar.
Tsunami di Sulawesi Tengah berlaku selepas gempa bumi magnitud 7.7 skala Richter
1:54 PTG
Bencana
,
Donggala
,
Gempa Bumi
,
Indonesia
,
Isu Semasa
,
Palu
,
Sulawesi Selatan
,
Tsunami
Edit
0 comments :
Catat Ulasan