Kisah Usahawan Kerepek Pisang Yang Gagal

Al kisah maka tersebutlah kisah..



Sang kancil bercita-cita mahu jadi orang kaya. Pelbagai usaha dilakukan dan dicuba seiring dengan impian besarnya.

Antara usaha yang dilakukan oleh Sang Kancil ialah dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Dia bercita-cita agar satu hari nanti perniagaannya akan memberi laba yang besar dan menzahirkan impian sebagai orang kaya.

Perniagaan pertama yang cuba diusahakan ialah menjual kerepek pisang. Memandangkan lokasi tempat tinggalnya berdekatan dengan sebuah kilang pemprosesan kerepek pisang yang lazat dan mempunyai harga yang berpatutan.

Maka Sang Kancil membungakan usaha agar dapat dinikmati harumnya satu hari nanti.

Jeng! Jeng! Jeng!

Malapetaka tiba tanpa sedar. Setelah mendapat tempahan dari ramai pelanggan malah sudah ada yang membuat bayaran, Sang Kancil tidak dapat menghantar tempahan yang sudah dipersetujui.

Kilang pemprosesan kerepek pisang sudah menjual ke semua stok yang ada kepada pemborong yang datang setiap bulan untuk sekian lama.

Sang Kancil kecewa.
Sang Kancil sedih.

Terpaksa dipulangkan semula wang tempahan. Sang Kancil menanggung malu kepada pelanggan-pelanggan yang ada. Terpaksalah Sang Kancil mencari penyelesaian lain untuk teruskan usaha niaganya.



*** Sambungan sepenuhnya di blog Dapur Neeza!

Ianya kisah benar mengenai sepasang suami isteri yang gagal berniaga kerepek pisang. Sangat sesuai dijadikan bacaan motivasi.

Sekiranya anda usahawan yang baru bermula atau sedang hadapi cabaran, elok jadikannya bacaan :)


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :