Schumacher kembali ke F1

Mick Schumacher, anak kepada legenda Formula Satu (F1) dunia, Michael Schumacher, dikatakan berpotensi menjadi “antara seorang pelumba hebat” selepas muncul juara Formula Tiga Eropah, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi berhubung kariernya dalam F1.


“Kami kini berfikir lebih serius mengenai tahun depan dan keputusan akan dilakukan beberapa hari lagi,” kata Schumacher, 19.

Ketua kepada juara F1 dari Mercedes, menyifatkan Schumacher memiliki bakat besar.  

“Dia sudah membuktikan kemampuan dirinya dan mampu untuk menjadi pelumba terhebat dalam sukan ini,” kata Wolff.


Gelaran pertamanya dalam F3 bermakna Schumacher layak mendapatkan ‘lesen super’ dari FIA, satu daripada prasyarat untuk beraksi dalam saingan F1, dan mengikuti jejak langkah ayahnya, yang memenangi Kejuaraan F3 Jerman, 28 tahun lalu.

Dengan saingan F3 berbaki satu perlumbaan musim ini, Schumacher, 19, menamatkan saingan di kedudukan kedua dalam perlumbaan kedua di litar Hockenheim, Jerman sekali gus membolehkannya untuk muncul juara keseluruhan.

“Ia sukar untuk digambarkan, saya bersyukur kerana ini yang saya impikan,” katanya.

“Gelaran ini adalah matlamat saya sejak awal, saya tidak pernah berhenti mempercayainya. Kami sebagai pelumba melakukan apa yang kami inginkan. Apabila ia menjadi kenyataan, ia satu perasan yang hebat yang anda miliki.”

Schumacher menjadi tumpuan pada selekoh terakhir dan biarpun menamatkan kedudukan di tempat kedua, ia sudah cukup untuk menjamin kedudukannya sebagai juara keseluruhan dan mengangkat tangannya selepas melepasi garisan penamat.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan