HAMPIR DIKELEPET RM800! BENGKEL KERETA DOUBLE S GARAGE JADI PENYELAMAT

Seminggu ni bawak kereta terasa berat semacam waktu ambil selekoh. Asal nak membelok je steering punyalah berat.


Bila check rupanya minyak power steering dah kering kontang! Aku tambah. Takdan sejam terasa berat semula. Tengok bawah enjin, minyak menitik banyak. Ah! Sudah.. Bocor.


Singgah ke bengkel terhampir di Cheras ni. Minta tengokkan, dia kata steering rack dah bocor. Aku pun jenguk sama tempat dia tunjuk tu, memang nampaklah minyak menitik.


"Kawan, ini kalau tukar berapa budget?" Dia kata sekejap mahu check.


Baca juga:
Sikap pemilik bengkel..


"Ini kereta lama susah cari sparepart, recon punya RM650, kasi upah sama minyak lagi mau RM800 juga."


Aku terdiam. Kasar betul harganya. Memang lari budget. Aku postpone dulu untuk baiki. Koyak poket!


Kena dapatkan 2nd opinion dari orang yang dipercayai.


...


Aku whatsapp Mr Siong, kawan baik yang usahakan bengkel kereta di Shah Alam. Tanya punya tanya, dapat harga 2nd tak sampai RM300 pun. Okaylah tu, kena buat juga ni tak boleh biarkan.


Patah kaki nanti. Ain dah la SPM, sekarang pulak rajin hujan. So aku pakat hari Khamis ke bengkel Double S Garage. Minta tolong dibereskan hal kereta ni.


Rupanya driveshaft punya cv joint dah hancur juga. Aduhaii! Takpelah.. Minta dia baiki juga. Separuh hari juga nak siapkan.


Dua hal kena setelkan. Total baru RM680 sahaja. Lega!


Kawan².. Hal repair kereta ni memang kena hati². Silap hari bulan kena kelepet memang sedih. Sebab tu aku hantar juga kereta ke bengkel Double S Garage di Shah Alam kalau nak baiki ke apa.


Harga marhaen, hasil kerja bagus dan yang paling penting, tak kena kelepet sampai koyak poket. Kita ni bukannya petik duit kat pokok!


Kalau kalian ada masalah berkaitan kereta, aku recommend sangat untuk check dan baiki di Double S Garage. Ni memang aku tolong promote moga bisnes dia makin maju berkembang!


Dia dah berniaga sejak 2012, bertahan dengan PKP 2 tahun lagi. Memang kental semangat. Kita support bisnes² yang bagus dan tolong promosi biar terus maju insyaAllah.


DOUBLE S GARAGE
Seksyen 17 Shah Alam
Mr. Siong +60 17-245 3840


Moga makin sukses!

Sumber: Facebook


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan