Arwah Prof. Dr. Suhaily Yusry Che Ngah, insan berjiwa murni ini sangat disayangi oleh ramai orang


Al-fatihah buat ruh arwah Prof. Dr. Suhaily Yusri Che Ngah. Berehatlah, Allah swt lebih menyayangimu. Pemergiannya kami iringi dengan doa dan airmata, begitu ramai yang telah disentuh jiwanya oleh insan mulia ini. Seorang yang cakapnya sangat lemah lembut dan penuh dengan kasih, terpancar jelas dari usaha serta sikapnya yang sangat mudah didekati.

Dalam dakapan Allah swt, bersemadilah dengan tenang.


Ramai yang masih seperti bermimpi. Pergimu dalam sekelip mata, hilangnya satu permata bersinar menerangi harapan rakyat marhaen. Luluh jiwa bila mendapat tahu kehilangan ini, sebak.

Perkongsian oleh Kak Piah
Frame of life..
Jazakumullahu khairan khateera sahabat fillah.. sharing your sorrow and emphathy with me and all for our sudden loss of loves one. Yang penting apa yang Allah tentukan kun fa fayaakun.. sampai ketikanya pasti benar janji NYA. 
Ada perjuangan yang perlu diteruskan baik utk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kita hidup perlu cakna banyak perkara. Tetapi bagaimana rupa kecaknaan kita bergantung apa kata hati. Nawaitu itu demi siapa. Kerana apa.
Letak tangan di dada.. berbisik pada diri. Kita tahu siapa diri kita. Benarlah..kita tidak mampu untuk memenuhi kehendak orang. Pada akhirnya..orang tidak akan pernah berpuas hati walau sebesar zarrah pun jika dalam hati mereka ada setitik noda hitam.
Berlapang dada dan minda dengan apa yang Allah kurniakan. Kelebihan kita mungkin menjadi keperluan oranglain.. kekurangan oranglain mungkin menjadi kecukupan untuk kita. Untuk kelihatan hebat tidak perlu telanjangkan aib serta kekurangan oranglain. 
'Its only defined who you are'...
Jauhi dari menjadi hamba pada kehipokritan diri. ..
Kita jadi manusia yang bersyukur di kelilingi dengan insan2 hebat. Insan2 yang sentiasa berpesan2 dengan kebaikan. Sungguh hidup ini singkat untuk menghitung dosa dan aib orang...
**dalam kenangan our beloved brother
Prof Suhaily Yusri Che Ngah
19th august 1973 - 8th oct 2015
Al fatehah




Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan