Jerebu terus menyesakkan! Pembakaran terbuka masih rancak di Indonesia


Sangat menyedihkan apabila beberapa negara jiran kepada Indonesia terpaksa menanggung peritnya bencana jerebu yang sudah berminggu-minggu melanda. Tiada tindakan tegas diambil oleh Indonesia untuk menghapus serta menangani masalah ini secara efektif.

Mengapa pihak berkuasa Indonesia seumpama berpeluk tubuh dengan bencana jerebu ini? Apakah mahu terus menyeksa rakyat negaranya sendiri serta rakyat negara jiran yang terpaksa turut sama terjebak dalam masalah pembakaran terbuka ini?

Kemanakah prinsip dan akal fikiran rasional pemerintah Indonesia?

Pembakaran terbuka ini semakin menyesakkan hingga mengganggu habitat semulajadi pelbagai haiwan liar antaranya spesis Orang Utan yang semakin pupus. Ini tidak dapat diterima akal rasional seorang manusia yang mempunyai hati dan jiwa.

Pemerintah Indonesia juga sudah lebih rendah martabatnya dari seekor Orang Utan!

HENTIKAN PEMBAKARAN TERBUKA INI SEGERA!

Negara-negara jiran seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Filipina boleh mengambil tindakan bersama untuk menyelesaikan masalah ini.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan