Ini cerita tentang aku. Diri aku sendiri.. Bukan tentang orang lain. Aku sukakan durian dan aku sukakan tempoyak. Maka secara umumnya apa juga masakan yang ada tempoyak tu memang aku gemarkannya. Tapi..
Patin tempoyak ni berbeza pula pandangan aku. Selama ni patin tempoyak ialah makanan yang sukar aku nak telan! Bukan sebab tempoyaknya tapi sebab patin yang hanyir membuatkan aku reject masakan ini. Mana-mana pun serupa! Hanyir lumpur.. hanyir entah apa lagi.
Tapi kenangan mencuba masakan patin tempoyak di Temerloh telah mengubah persepsi aku. Aku mengaku secara rasminya sebagai penggemar patin tempoyak #1. Terkejut aku! Sebab woi. Takde hanyir apa langsung. 2 mangkuk aku belasah, satu bahagian ekor dan satu lagi bahagian kepala.. Licin!
Aku pun macam tak percaya.
Sedap! Memang sedap..
Punyalah gempak patin tempoyak di Temerloh ni sampaikan geng page viral SiakapKeli pun ada datang makan dan share informasi.. Terbaik beb! Korang wajib datang cuba patin tempoyak. Jangan bagi alasan tak makan patin.. Cuba dulu!
Dan tempohari penghibur di media sosial iaitu Zukieeeee dan Jamal tetsu ada buat video yang bagus tentang patin tempoyak di Temerloh. Meletop-letop viralnya.. Yang sememangnya jadi tumpuan di Temerloh ialah warung Go'Bang Maju Patin Tempoyak. Kalau korang belum cuba, aku nasihatkan pergi cuba rasa dulu. Lepas tu korang share dengan aku pandangan korang ye.
Tak lama lepas tu ada pulak video parodi dari adik Iqbal Ihsan. Selambe!
So korang tunggu apa lagi? Jom kita.. Pohpaleh pedaihhh. Aku tabik spring patin tempoyak original dari Temerloh ni. Memang terbaik.
0 comments :
Catat Ulasan