Hari ni boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Kalau takde tu macam pelik dan ketinggalan tapi ada beberapa rahsia yang ramai tak sedar. Semua maklum di Malaysia terutamanya sudah ribuan orang memulakan bisnes dan hanya gunakan Facebook sahaja sebagai tempat berniaga. Memang efektif dan mendatangkan pulangan lumayan bila kena gayanya.
Tapi ada beberapa perkara yang ramai terlepas pandang. Berikut adalah beberapa rahsia yang ramai tak sedar.
- Facebook sebenarnya sudah membuka pejabat di Malaysia oleh kerana pengguna Malaysia adalah antara yang paling aktif dan juga merupakan antara pembayar iklan Fb Ads terbesar secara kumulatif.
- Pengguna Facebook di Malaysia menghabiskan purata 20 jam setiap minggu melayari Facebook. Gila betul! Takde kerja lain ya :)
- 87.9% masa online pengguna Internet di Malaysia diluangkan untuk Facebook.
Kalau kita perhatikan betul-betul dan suka melihat positif, pasti kita nampak peluang yang terhidang! Apa tunggu lagi?
0 comments :
Catat Ulasan