Daripada carian maka saya perolehi cerita tentang pemilik nombor tersebut. Kisahnya agak negatif dan ini membuatkan saya lebih berhati-hati. Tanpa meletak sebarang hukum maka saya cuba berkomunikasi sebaiknya.
Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Khairol Anuar. Dengan nada suara yang agak cemas dan tersekat-sekat dia mengaku pernah hadiri program saya di Kota Bharu beberapa tahun lepas. Agak hairan juga kerana saya gagal mengecam beliau.
Maka bermulalah sandiwara.. Kisahnya dia sekarang tersadai di Johor Bahru kerana menziarahi kematian seorang sahabat. Kebetulan pula isterinya mengalami masalah dan melahirkan anak yang tidak cukup bulan di Johor Bahru.
Akibatnya dia alami kesempitan kewangan dan merayu sekiranya saya boleh membantu dengan menghulurkan sedikit wang untuk dipinjam.
Apa yang diceritakan itu SEBIJIK SAMA dengan hasil carian saya di Google. Modus operandinya tetap sama tidak berubah sama sekali. Alhamdulillah saya terhindar dari jadi mangsa penipuan yang bersandar pada rasa kasihan.
Berhati-hati dengan orang ini ya.
Nama: Khairol Anuar Abd Rohaman
CIMB: 7616264240
Bank Islam: 13044021177773
Telefon: 0139220012
Sekadar buat peringatan teman-teman.. Selalu double check sebelum percaya. Semoga perkongsian membantu rakan-rakan dari terjebak dengan penyangak ini.
p/s: Kongsikan dan sebarkan info ini supaya lebih ramai terselamat dari tipu daya.
** Dari posting viral di page Facebook Saiful Nizam .BIZ dengan jumlah reach lebih 1 juta views.
0 comments :
Catat Ulasan