Nak berbuka di mana? Cassa Detik jadi pilihan!


Alhamdulillah Ramadhan sedang kita lalui dengan ibadah berpuasa, semoga Allah swt menerima setiap amalan kita. Antara urusan yang jadi tumpuan sepanjang Ramadhan ialah tarawih dan waktu berbuka puasa.

Kali ini saya nak berkongsi tentang sebuah lokasi berbuka yang berbaloi untuk anda dan juga keluarga. Bukan apa, bila berbuka bersama keluarga ianya jadi lebih bermakna sambil mengeratkan lagi silaturrahim :)

Ramai orang memilih pelbagai kriteria terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga. Ada yang kumpul ramai-ramai kat rumah dan masak sama-sama. Ada juga yang lebih gemar untuk berbuka di lokasi yang menarik sambil menikmati hidangan yang istimewa.


Apa kata kali ini anda mencuba hidangan di Cassa Detik.

Yang menariknya Cassa Detik ni ia menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lazat dan bakal memenuhi anda. Lokasinya yang terletak hanya 2.6km dari Suria KLCC dan Petronas Twin Towers.



Lokasi yang sangat sesuai untuk berbuka bersama keluarga, rakan sekerja dan sebagainya. Kolaborasi dengan Pink Shallots menyediakan juadah yang pastinya menggebu selera anda.

Antara menu yang jadi kegemaran ialah:

✔ Buffet nasi & lauk-pauk kampung
✔ Kerabu pucuk paku & rojak pasembor
✔ Grilled lamb, beef, chicken & fish
✔ Mee rebus ketam & Char kuey teow kambing
✔ Pilihan steambot, desserts & assorted drinks



Harganya sangat berpatutan, hanya serendah RM65/pax untuk dewasa dan RM32/pax untuk kanak-kanak. Manakala yang berusia 5 tahun ke bawah adalah PERCUMA!



Yang extra bestnya kat sini kerana Cassa Detik menyediakan ruang solat yang lengkap aircond. InsyaAllah ibadah puasa jadi lebih sempurna lagi. Ruang parking juga luas serta lokasi masjid hanyalah 3 minit sahaja dari Cassa Detik.



Apa tunggu lagi?
Eh nanti dulu.. Nak berjimat? Buat tempahan lebih awal. Sila hubungi wasap.my/60176801336 atau wasap.my/60123605416 ya :)



CASSA DETIK
No 9, Jalan Lingkungan U Thant, KL



Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan