Affiliate Junction kini patuh syariah diperakui oleh Dr Aznan & Dr Zaharuddin


AFFILIATE JUNCTION sudah patuh syariah dengan AJ ISLAMIC serta telah melantik Dr. Aznan dan Dr. Zaharuddin sebagai panel penasihat syariah. Meloncat budak-budak AJ Islamic sekarang ni.

Amacam?

Punyalah hangat isu ini dibicarakan oleh netizen hinggakan mendapat pelbagai respon terutamanya kesanggupan dua orang pakar tersebut.

-----

Kata Dr. Aznan yang dipetik dari page beliau:

Saya menerima message yang banyak berkenaan dengan Affiliate Junction Islamic, di mana saya dan Dr Zaharuddin terlibat sebagai penasihat syariahnya. Pada awalnya, saya tidak mahu memberikan sebarang respon kerana takut ia dianggap sebagai memberi promotion kepada AJ Islamic. Namun oleh kerana terlalu ramai yang mesej, maka ia jawapan saya.

Sepanjang saya menjadi penasihat Syariah, saya tidak pernah membicarakan sebarang produk atau syarikat yang saya menjadi penasihatnya secara spesifik. Ini adalah demi menjaga status “independence” seseorang penasihat syariah. Saya bukannya pekerja syarikat tersebut, juga bukan agen yang mendapat komisyen apabila orang melanggan produk mereka. Saya pada hakikatnya tidak menasihatkan sama ada sesuatu syarikat (atau produknya) itu adalah baik dari segi komersialnya (commercially viable). 

Saya hanya memperakui daripada aspek syariah sahaja. Sama ada sesuatu syarikat (atau produk) itu menepati selera dan sesuai dengan diri tuan-tuan atau tidak, itu hendaklah saudara sendiri melihat dan menganalisakannya dari segi peluang perniagaan atau produk2 yang ditawarkan, sama ada baik atau tidaknya produk-produk tersebut.

Apabila Affiliate Junction berjumpa untuk explore sama ada syarikat tersebut boleh menjadi syarikat patuh syariah atau tidak, maka kami (saya dan Dr Zaharuddin) memberikan mereka dua syarat. 

i) Mereka mesti melantik pegawai Syariah (sama seperti di bank2 Islam), yang akan menjadi mata dan telinga penasihat2 syariah. 
ii) mereka sanggup untuk merubah apa yang akan kami cadangkan.

Mereka bersetuju. Dengan persetujuan kami setelah kami melakukan temuduga, mereka telah melantik Ust Muhannad, pemegang ijazah MA daripada Jordan sebagai pegawai Syariah. Selepas itu, kami memulakan perbincangan dengan AJ menceritakan bisnes model mereka. Di samping itu, dari masa ke semasa, kami sentiasa melihat dan meneliti pelbagai kritikan, tuduhan dan cercaan berkenaan dengan AJ ini, termasuknya yang secara jelas menyatakan bahawa AJ adalah skim cepat kaya, Scam dll. Setelah mendengar keseluruhannya, kami berdua berpandangan bahawa AJ boleh menjadi syariah compliant dgn beberapa syarat:

1-Hanya syarikat2 (merchant2) yang patuh syariah sahaja yang boleh di daftarkan. Oleh kerana itu, suatu screening methodology mestilah ditetapkan.

2-Struktur affiliate dan agency mestilah dibuat beberapa perubahan, untuk memastikan bahawa penrekruitan affiliate and agency juga mestilah dengan matlamat penambahan merchant dan transaksi. 

3-Pendapatan affiliate dan agency sepatutnya bukannya secara mainly datang daripada mencari orang (head hunting) dan mendaftarkan orang dan mendapat komisyen. Tetapi, komisyen sepatutnya di dapati melalui pendaftaran merchant2 dan melalui transaksi yang dilakukan oleh affiliate dan agen di merchant2 yang berdaftar. Lebih banyak berlaku transaksi, maka lebih byk yang dapat. Pendaftaran affiliate dan agency baru (sudah tentulah mereka yang mendaftarkan affiliate dan agency yang baru akan mendapat komisyen) adalah dengan matlamat membuka lagi byk lagi jaringan. Dengan itu, lebih byk merchant di daftarkan dan lebih byk transaksi yang dilakukan.

Antara kritikan dan cercaan keras terhadap AJ adalah dtg daripada perkara ini (ini adalah berdasarkan byknya message yang dihantar kepada saya dan Dr Zaharuddin). Disebut bahawa tenaga hanya diarah kepada recruit org baru dengan mendapat komisyen. Tapi pendaftaran merchant dan transaksi pada hakikatnya, tak berlaku langsung. Perkara ini perlu diubah.

4-Suatu mekanisma perlu diwujudkan demi utk mengelakkan perbuatan head hunting semata-mata, tanpa berlakunya transaksi. Di dalam struktur yang baru ini, perkara ini dimasukkan. Jumlah tertentu transaksi mestilah dilakukan.

5-Education. Untuk memastikan bahawa seseorang itu masuk ke dalam AJ dengan kefahaman, suatu sistem education dimasukkan. Setiap agen perlu lulus peperiksaan untuk memboleh beliau “naik” ke level agency yang seterusnya. Bukan hanya dengan mencari org, mendaftarkan merchants2 yang baru atau melakukan transaksi yang banyak. Bahkan pegawai syariah akan membuat roadshow untuk memahamkan para agen dan ahli bagaimana AJ Islamic ini dilaksanakan.

Ini adalah, secara umum, beberapa perubahan yang dilakukan.

Selebihnya, AJ Islamic akan menjelaskannya.

Perlu diingatkan, saya dan Dr Zaharuddin hanya melihat daripada aspek syariah. Kami tidak melihat daripada aspek sama ada AJ ini baik atau tidak dari segi bisnes modelnya. Saya yakin apa juga bisnes dan bisnes modelnya, ada yang sesuai dengan sebahagian orang dan tidak sesuai dengan sebahagian orang yang lain. Oleh kerana itu, setiap orang tidak sepatutnya “rush into” sesuatu bisnes, termasuklah AJ ini. Mulakan secara kecilan. Biarlah tuan-tuan melakukannya dengan beransur-ansur. 

Jika didapati kemudiannya bahawa ia tidak bersesuaian dengan tuan-tuan, maka tuan-tuan mungkin dapat mencari peluang di tempat yang lain. Namun begitu, kita perlu berlaku adil kepada semua. Kesalahan sesetengah pihak di dalam membuat keputusan tergesa-gesa memasuki sesuatu bisnes dgn menggunakan modal yang banyak, lalu gagal, tidak bermakna jika ia dilakukan dengan terancang, ia tidak boleh berjaya, sekurang-kurangnya kepada sebahagian orang yang lain.

Begitu juga, kami berusaha untuk memastikan AJ Islamic ini patuh syariah. Kami membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat yang kami dapat, melalui taklimat bisnes model yang diberikan dan maklumat-maklumat lain yang kami dapat (termasuklah drpd mereka yang tidak bersetuju dengan AJ). Namun, jika tuan-tuan mempunyai maklumat2 lain, saya dan Dr Zaharuddin amat mengalu-alukan perkara tersebut. 

Kami tidak akan teragak-agak untuk mengubah apa yang perlu, termasuklah mengubah pandangan kami, jika sekiranya maklumat-maklumat tersebut lebih tepat. Saya juga percaya, macam mana baikpun sesatu perkara itu dibentuk, pasti ada kekurangannya. Juga pasti ada yang akan dapat memanipulasinya. Jika tuan-tuan mendapati perkara sebegini berlaku (sama ada daripada pihak syarikat atau individu2 tertentu), sila kemukakan perkara tersebut. Lebih baik juga, jika sekiranya beberapa cadangan disertakan dengan aduan tersebut. 

Ia akan membantu kami di dalam mengambil tindakan. Juga, jika sekiranya tuan-tuan merasa ragu-ragu di atas kepatuhan syariahnya, atau merasakan bahawa mungkin ia akan berubah status, maka terpulanglah kepada tuan-tuan untuk membuat keputusan. Saya tidak boleh memberi jaminan bahawa ia akan berterusan patuh syariah. Kami hanya memberikan kelulusan berdasarkan apa yang “transpired” kepada kami dewasa ini. Jika kami mendapat maklumat yang lain atau terdapat manipulasi daripada syarikat, tidak mustahil, kelulusan ini akan dirujuk semula. Tiada jaminan bahawa ia akan berterusan begitu.

Juga perlu diigatkan, kami tidak memberikan kelulusan ini kepada AJ yang terdahulu. Ianya hanya merangkumi AJ yang baharu. Di samping itu, kelulusan ini bukanlah secara berterusan. Jika sekiranya kami mendapat bahawa ianya telah berubah kepada tidak patuh syariah, atau berlaku manipulasi syarikat, atau informasi yang diberikan kepada kami adalah tidak tepat, maka kami akan menarik balik kelulusan ini.

Again, saya ulangi. Tulisan ini tidak ada kena mengena dengan promotion AJ. Itu saya tidak tahu dan saya tidak lakukannya. Saya hanya bercakap daripada aspek syariah. Sama ada bisnes model AJ Islamic ini sesuai atau tidak dengan tuan-tuan, itu tuan-tuan kena analisa sendiri.

Tambahan: Jika tuan-tuan mempunyai maklumat yang lebih sempurna untuk kami (saya dan Dr Zaharuddin) membuat keputusan yang lebih tepat pada pandangan tuan-tuan, sila kemukakan. Kami berdua bersedia mendengarnya.

Semoga Allah swt merahmati kita semua.

Wallahu A’lam

-----

Ini pula ulasan saudara Alwi Adam:

Suatu perkara yang sangat mengecewakan dan menyedihkan. Biarpun kata beliau hanya melihat dari sudut aplikasi syariah sahaja, ini suatu pendirian yang sangat longgar kerana pasti ini akan menjadi modal besar. Manalah orang awam tahu membezakan.

On paper dan real application sangat berbeza. Kegelinciran ini sangat mendukacitakan. Sepatutnya mengambil langkah awal menutup pintu kerosakan biarpun betapa cantiknya solekan pada entiti tersebut.

-----

Di bawah ialah jawapan dari Pertubuhan Gabungan Usahawan Affiliate Junction Malaysia.




-----

Ini pula ulasan dari Leman di page Say NO To MLM:

Respon Terhadap AJ "Islamic" dan teguran terbuka kepada UZAR dan Dr. Aznan.

Jika terjumpa Dr. Aznan atau UZAR, sampaikan permohonan maaf saya (permohonan maaf Leman, bukan SNTM) kpd mereka. Saya terpaksa serang keputusan mereka kali ini.

Berat hati saya... Tapi kami tak boleh diamkan diri. Masyarakat telah pun teraniaya kerana AJ. Post sebelum ini sebenarnya adalah gambaran perasaan saya pada kes ini https://m.facebook.com/story.php…

Disebabkan pendedahan demi pendedahan, AJ dah susah cari downlines (baca: mangsa). Obviously ustaz2 berdua tersebut telah pun melemparkan pelampung untuk menyelamatkan AJ dari tenggelam.

Tidak adil kepada masyarakat jika kami diamkan.

Dari teks ucapan Dr. Aznan, saya nampak dia tekankan pada income dari merchant. Which is mmg pada pendapat saya, bukan plan asal. Sebab plan asal asyik gila kejar pembelian lesen.

Tapi ini semua adalah politik.... Untuk halalkan skim piramid yg asal.

Perkara ini bukanlah seperti Bank Konvensional dan Bank Islam. Ianya berbeza.... Pada pandangan saya, ustaz2 ni mungkin pikir nak bg option Islamic. Mcm bank... Mmg riba, so adakan satu sistem Islamic banking yg bebas riba.

Tapi ni kes lain. Bank tu diorg ada business yg solid. Cuma tak patuh syariah. So, buat la Islamic banking.

AJ ni kompeni scam... Skim piramid. Walaupun buat skim baru, yg bernaung di bawah AJ... Ianya seolah2 mengiktiraf yg AJ ni bukan dan tak pernah Scam. Ini sebenarnya adalah politik AJ untuk cover kemungkaran mereka.

Bagaimana pula nasib Mangsa2 yg menanggung hutang dek kerana skim sebelum ini? Adakah nasib mereka akan terbela?

AJ juga sebuah skim yg zalim. 3 readers kami sebelum ini pernah disaman oleh AJ kerana menyatakan kebenaran. 2 terpaksa mengalah dan meminta maaf kerana tidak sanggup melalui kerumitan undang2. Seorg memilih untuk terus berjuang, dan menang. Tapi masa, wang dan keringat yg dihabiskan bukan kepalang. Adakah nasib mereka ini akan terbela?

Pengiktirafan UZAR dan Dr. Aznan sebenarnya hanya "meletakkan" Mangsa2 ini di posisi untuk dilupakan. Dan para pemangsa akan galak mengatakan mereka selama ini difitnah. Bila di tanya buktinya, mereka akan berkata, "Nah... Dua nama besar sekarang adalah penasihat syariah mereka. Takkan la kedua2 tokoh ini sanggup bantu scammers? Ye tak?"

Jangan salah faham, saya masih lagi menghormati kedua2 tokoh ini. Tapi saya rasakan kedua2nya telah terperangkap di dalam tari AJ dan kedua2nya tersalah langkah dalam kes ini. Maka, di atas dasar hormat itu, kami berdiri untuk menyatakan kebenaran.

Cukuplah sebuah persatuan tu mempergunakan nama Islam. Jangan syarikat scam pula dijenamakan semula dengan perkataan Islamic.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan