Apa cerita Rani Kulup kena tangkap? Kes ugutan Siti Kasim
Selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup menafikan beliau adalah individu yang ditahan pihak polis semalam berhubung ancaman untuk rogol dan bunuh aktivis LGBT, Siti Zabedah Kasim (Siti Kasim).
Memetik kenyataan kepada portal MassaTV, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah itu mengakui marah dengan sikap liberal Siti Kasim dan kenyataannya yang kerap mengkritik institusi Islam, namun tidak sampai melakukan ancaman berkenaan.
“Memanglah saya marah dengan kenyataan dia yang (sebelum ini) sering menyerang dan menghina Jakim, Jawi dan sebagainya, tapi saya belum tergamak nak cemarkan maruah dan martabat diri saya dengan merogol dia.
“Apa ingat saya tak ada ‘taste’ (selera) kah? Bukan sahaja saya, malah orang asli sendiri belum tentu ada selera nak rogol perempuan macam tu,” katanya sebagai mengulas khabar angin yang mendakwa beliau merupakan individu yang ditahan polis kerana membuat ancaman itu.
Terdahulu, semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai melakukan ancaman itu melalui media sosial baru-baru ini.
Suspek berkenaan kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, itu Abdul Rani menggesa pihak berkuasa menahan Siti Kasim dan memberikan kursus ‘pemulihan akidah’ yang sewajarnya susulan kenyataan aktivis LGBT itu yang dikatakan kerap menghina Islam.
“Saya menyeru Jakim, Jawi dan sebagainya segera menahan dan melakukan siasatan terhadap Siti Kassim, bukan tangkap Raja Bomoh.
“Selepas tangkap beri ‘kursus’ dakwah dan pemulihan akidah agar dia boleh segera bertaubat dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam,” katanya
0 comments :
Catat Ulasan