DBKL buat hal lagi, peniaga goreng pisang kena belasah!

Dalam tuntutan kehidupan yang semakin meruncing, ramai orang memilih untuk berniaga sebagai jalan keluar menjana pendapatan untuk keluarga tersayang. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka! Pasti ada sahaja halangan dan dugaan yang tiba untuk merobek semangat dan usaha yang dilakukan.

Terdapat laporan dari laman media sosial mengenai seorang peniaga goreng pisang yang telah dipukul oleh petugas DBKL hinggakan mangsa lebam di badan. Adakah ini jalan keluar kepada masalah yang timbul? Ikuti posting dibawah.


Mohd Ridzuan Abdullah: Pagi tadi saya rasa sebak sewaktu melawat peniaga goreng pisang di tahanan lokap Ipd Dang Wangi KL,inikah Hak Istimewa Orang Melayu.Turut hadir isteri beliau membuat laporan polis.


Laporannya sebegini: Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur. Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan. 
Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi. 
Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki. Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya.

Apa respon dari netizen berhubung perkara ini?

Parkdo Yoe: Xpatut la DBKL bertindak mcm tu..bknnye brother mencuri ke ape..just meniaga...smoga sorg tu dpt blasan yg setimpal dari Allah.
Rusidah Marzuki: Islam ke orang mcm tu? Klu Islam x mcm tu kan, orang beragama Islam bertimbangrasa x pijak orang sesuka hati x tengking2 cakap dgn orang hmmmmh sedihnya orang Melayu ari nie hammmmh


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan