Raja Shamri teruskan anjuran majlis Pelancaran Dokumentari Bah Kuning LEMAS di UPSI

Pada 17hb Oktober 2015 di Panggung Budaya UPSI akan berlangsung majlis perlancaran Dokumentari Bah Kuning bertajuk LEMAS. Ianya adalah hasil usahasama oleh YM Raja Shamri dan gerakan The 3rd Force serta disokong kuat oleh arwah Prof. Dr. Suhaily Yusri Che Ngah bersama team ResQ UPSI.

Ianya bertujuan untuk memberikan lebih pendedahan serta meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang nasib para asnaf dan mangsa banjir besar pada awal tahun 2015 yang lalu. Masih terlalu ramai yang nasibnya belum terbela malah ada yang masih tinggal di dalam khemah yang sudah mereput.


Marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik dan berikan sokongan semampu yang boleh. Semoga majlis berjalan lancar dan memberikan impak yang diinginkan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada Cik Athirah 013-426-2309 atau Cik Norsaliyati 019-209-2694

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan