Mengendap anak dara mandi adalah kegemaran Mat Skodeng


KETIKA di zaman kanak-kanak dulu, waktu tidur penulis sering saja dikejutkan dengan kejadian mengintai yang dialami golongan hawa di dalam rumah penulis di kampung. Tak habis di situ, di kala waktu subuh pula, sementara menanti giliran untuk mandi, berlaku lagi kejadian serupa. Bukan sekali, tapi agak acap kali.

Bukan saja waktu mengendap yang pelbagai, pendek kata tidak kira masa, asal saja ada peluang...rupa bentuk si kaki skodeng ini juga macam-macam gaya. Kalau dulu, si pengendap sering digambarkan bertutup litup, berselubung dengan kain pelikat atau mewarnakan wajah untuk mengelak dikenali, kini, semua itu tidak perlu lagi.

Lahir teknik intipan secara digital atau siber dengan hanya menggunakan kamera litar tertutup, video perakam atau sekadar telefon selular.

`Semahal’ pelaburan si kaki hendap, begitu jugalah banyaknya maruah yang tercalar dek perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tetapi, hukumannya? Percayakah anda, hukuman bagi mereka yang mengintai hanyalah denda RM25 atau penjara 14 hari mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil? Tak masuk akal bukan....? Persoalannya, mengapa ada spesies skodeng ini? Apa yang seronok sangat mengintai?

Penganalisis jenayah, Kamal Afendi Hashim berkata, bukan saja peristiwa yang disaksikan menjadi tarikan Mat Skodeng untuk terus mengendap, tetapi perjalanan proses ketika ke lokasi hendapan itu sendiri yang menjadi keseronokannya.

Katanya, banyak persiapan yang perlu dibuat oleh Mat Skodeng seperti mencari lokasi paling cocok, mengorek dinding, malah jika dikejar, itu juga satu keseronokan bergelar Mat Skodeng.

“Bagi mereka itu adalah keseronokan yang tiada tolok bandingnya. Bermula dari persiapan sehinggalah ke selesai menjalankan `tugas’,” katanya.

Skodeng, mengintai, mengendap atau dikenali sebagai Voyeurism atau Peeping Tom ini tidak mengehadkan pelakunya. Mereka mungkin nampak normal atau pendiam, langsung tidak mempamerkan ciri nakal, apatah lagi jahat.

Namun, sudah namanya kaki skodeng, kepuasan dirasai apabila mereka dapat menembusi dimensi orang lain tanpa keizinan. Ketika mengendap imej yang diterokai pengendap akan kekal dalam benak fkiran dan menyebabkan nafsu terangsang, lalu terjadilah perlakuan onani atau perbuatan yang lebih ekstrim.

Fantasi yang tercipta juga, menjadi faktor mengapa seseorang itu ketagih untuk mengendap buat kesekian kalinya, walaupun pernah disergah, dikejar atau paling menakutkan ditangkap.

“Tak mungkin seorang Mat Skodeng itu akan insaf apabila mengetahui kegiatannya itu diperhatikan. Mungkin boleh bertahan dalam sebulan dua saja, tapi akibat ketagihan mereka akan kembali ke tabiat lama,” katanya.

Jelas Kamal Afendi, ada juga kaki mengendap yang suka mengintip perlakuan binatang atau dikenali sebagai sex beastialiti. Golongan ini, katanya, mempunyai kecenderungan terhadap hubungan seksual haiwan dengan haiwan dan mempunyai kemungkinan melakukan perbuatan di luar tabii terhadap haiwan lain.

Wanita juga tidak terkecuali dari mengendap. Bagaimanapun mereka lebih mengendap berkaitan kehidupan orang lain seperti perbalahan jiran mereka atau apabila jiran membeli set kerusi baru.

Jadi awas! Selepas ini, jika ada yang mengatakan mereka pergi memerhati burung, tetapi sebenarnya memerhatikan `merpati dua sejoli’ berasmara dana...merekalah Mat Skodeng.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan