NGERI & INSAF TAUBAT SI BANDUAN AKHIR


Kematian boleh tiba bila-bila masa. Namun ada antara kita yang mungkin boleh dikategorikan sebagai bertuah apabila mereka tahu bila mereka akan dicabut nyawa. Ikuti kisah seterusnya..


Banduan akhir ialah banduan yang telah melakukan jenayah berat dan melalui proses penghakiman yang panjang. Ada kala 2 tahun, 3 tahun atau 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung sampai mati oleh Hakim.

Sekiranya hukuman gantung tersebut dibacakan pada hari Isnin maka hukuman akan dilakukan kepada semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat berikutnya. Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sampai mati maka biliknya akan diasingkan.

Itulah SEL AKHIR! Banduan akhir mempunyai hanya beberapa hari sahaja baki hidupnya.

Sewaktu Hakim membaca, 'Maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6am hingga 7am.' Memang prosedurnya sebegitu.

Kebiasaannya orang yang namanya banduan akhir ini takkan mampu berdiri lagi apabila sebutan telah dibacakan oleh Hakim. Lututnya lembik longlai!

Ini kerana dia hanya masih boleh bernafas tak berapa lama sahaja lagi. Airmata sudah berlinangan tidak henti sejak dari Mahkamah lagi. Balik ke penjaga.. Warden akan arahkan untuk asingkan barang-barang dan akan dipindahkan ke sel akhir yang paling belakang seorang diri.

Ketika itu.. Kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan baki kehidupannya. Dia akan sentiasa membaca al-Quran. Bila ustaz datang dan memberi nasihat maka ia akan dipenuhi dengan tangisan airmata.

'Saya banyak dosa ustaz!'
'Saya tinggalkan tanggungjawab saya!'
'Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz!'

Jenguklah mereka ni waktu mana pun.. Kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah swt.. Mereka tak henti bersembahyang. Solatnya panjang.. Zikirnya banyak.. Kenapa? Kerana dia tahu umurnya hanya berbaki beberapa hari sahaja.


Tuan² yang dirahmati Allah..  Bila sampai hari Khamis.. Esok Jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.

Manusia yg tahu ajalnya.. Dia dah tak boleh tidur dah tuan². Sebab itu diantara rahmat Allah yg besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan.. Supaya kita boleh tidur.. Supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

Kalau seseorang manusia itu tahu lagi sebulan ajalnya.. Nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah swt merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kepada saya dan kita semua.

Bandua akhir ini.. Walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua sebab dia tau untuk bertaubat bila.. Dia boleh bertaubat, Alhamdulillah.

Majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah tidak sempat bertaubat pada Allah swt.. Tak tau bila nak mati.

Maka baduan akhir ini pada malam Jumaat.. Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku dihadapan Allah. 'ya Allah aku berdosa dihadapanMu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!".

Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia.

Esok pagi atau malam itu.. Banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 satu hidangan. Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akan diberikan pilihan boleh pilih.

Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah sebab esok hari bila dia bangun.. Bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.

Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat Subuh.. hukumannya MESTI dijalankan diantara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka BENARLAH apa yg Allah swt sebut.. Dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu tetapi minit ke berapa.. Saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu rahsia Allah.

Ya.. Benar.. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa. Esok paginya banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya.

Tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi?

Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam? Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja.

'Maafkan ayah...Maafkan ayah'
Bila peluk isteri, 'Maafkan abg, Maafkan abg'. Itu sahaja. Nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini. Kemudian dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH swt merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua'lam.

"Taubat Banduan Akhir" dari Ustaz Wadi Annuar

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan