Orang Klang meleleh tengok nasi kambing Bukhari


Dah macam-macam menu timbul sekarang ni. Semakin kreatif orang kita berniaga! Hebat. Pelik-pelik juga idea mereka ni kadang-kadang tu. Tapi pandainya mereka mengolahkan makanan tersebut hingga viral dan dapat sambutan tinggi.

Nih yang baru aku dengar pasal NASI KAMBING BUKHARI di Klang. Kalau korang tengok gambar! Memang mencurah air liur keluar wey. Dah la bulan puasa ni.. Mengancam sungguh! Nanti nak bawaklah anak-anak dan family gi cuba. Memang serious nampak sedap!


Macam manalah agaknya aku nak diet ni. Kalau korang nak cuba.. boleh cari lokasinya guna Waze/Google Maps. Search 'Nasi Kambing Bukhari' atau boleh juga jenguk page Facebook diorang http://www.facebook.com/nasikambingbukhari dan Instagram http://www.instagram.com/nasikambingbukhari yang tak berhenti keluar paparan kat aku. Geram jugak dibuatnya.

Nanti kau!


Dengar kata.. Aku tengok kat review page diorang memang excellent! Siap ada tambah daging kambing je. Pehhh! Marvelles. Selain daripada nasi kambing Bukhari tu, ada juga masakan Thai dan western. Haa! Elok sangatlah tu. Macam-macam pilihan ada.. Jomlah ke Nasi Kambing Bukhari, Batu 3 Jalan Kapar Klang.



Updated:
Rupanya harga sepinggan NASI KAMBING BUKHARI ni tak masuk akal! Dia caj RM9.90 aje rupanya. Murah gile weh.



Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan