7 punca susu ibu sikit yang ramai tidak sedar

“Susu saya sikit, anak tak cukup susu, kesian tengok dia menangis! saya dah campur FM!”
“Dulu masa berpantang saya fully breastfeed, naik kerja susu makin sikit, saya rasa anak tak cukup susu, saya dah tak pam lah”
Ini adalah antara luahan atau rungutan ibu menyusu selepas kembali bekerja. Bukan tiada niat nak menyusu, tapi kerana tiada tahu punca kenapa susu jadi sedikit dan tiada pengalaman menyebabkan ibu berhenti menyusu kerana susu sedikit.
Penyusuan susu ibu perlukan ilmu, bukan semangat semata-mata. Tanpa ilmu mungkin kita akan gagal. Berikut adalah beberapa faktor utama yang menyebabkan susu ibu sedikit.

1. Kurang Minum Air Kosong

Antara komponen susu ibu adalah air. Jika ibu kurang minum air badan akan mengalami dehidrasi dan susu sukar dihasilkan. Ibu disarankan minum 8-12 gelas sehari (3L) air kosong untuk memastikan susu ibu dapat dihasilkan dan elak susu sedikit.
2.  Tidak Kosongkan Payudara Secara Effektif
Allah menjadikan susu ibu berdasarkan hukum “supply and demand”. Ini bermaksud susu badan dihasilakn mengikut perminataan. Jika payudara tidak dikosongkan secara effektif, susu tidak dapat dihasilkan dan susu akan sedikit.
Untuk ibu bekerja, pastikan ibu mengepam setiap 3 jam sekali di pejabat untuk suppy berterusan mengikut permintaan dan elak susu menjadi sedikit.
3. Stress, Letih terlampau, Kurang Tidur
Stress, letih terlampau  dan kurang tidur juga antara faktor susu sikit. Pengeluran susu ibu bergantung pada hormon prolaktin dan oksitosin. Hormon prolaktin bantu hasilkan susu manakala hormon oksitosik (hormon gembira) bantu ransang mengeluaran susu ibu.
Jika ibu stress,  hormon oksitosin tidak dapat dirembeskan degan baik dan seterusnya akan mengganggu pengeluaran hormon prolaktin. Maka penghasilan susu akan sedikit. Bila ibu semakin risau semakin terus susu berkurangan.
Ibu perlu bijak mengawal emosi, berfikiran positif, kurangkan stress dan dapatkan tidur berkualiti untuk elak susu semakin merudum.
4. Diet Terlampau
Kebanyakkan ibu-ibu risau tentang berat badan selepas melahirkan dan ingin kembali ke berat sebelum hamil secepat mungkin. Maka ada yang mengambil jalan untuk diet dan kurang makan. Hal ini boleh sebabkan susu sedikit.
Khasiat susu ibu bergantung kepada pemakanan ibu. Ibu disarankan mengambil makanan yang bernutrisi dan seimbang. Jika badan ibu tidak cukup nutrisi, bagaimana ibu mahu menghasilkan susu ibu yang berkhasiat?
Amalkan diet seimbang dan ibu boleh amalkan supplement untuk lengkapkan keperluan tubuh ibu.
Supplemen bantu penyusuan ibu di Link Ini.
5. Pengambilan Ubat Tertentu
Pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh sebabkan susu badan menjadi sedikit. Pastikan ibu-ibu beritahu doktor yang ibu menyusu sebelum doktor berikan ubat. Ubat mungkin selamat untuk ibu menyusu tapi kadangkala mengganggu penghasilan susu ibu.
6. Period (Haid)
Sesetengah ibu tidak datang haid semasa penyusuan penuh. Namun ada ibu yang datang haid seperti biasa terutama jika ibu mengamalkan pil perancang atau tidak menyusu secara terus (direct breastfeeding).
Selalunya susu akan mula sedikit beberapa hari sebelum haid dan berterusan sepanjang tempoh haid.
Menurut kajian, semasa haid, badan ibu kekurangan Kalsium, Magnesium dan Zat Besi (Iron) dimana ini adalah antara komponen untuk menghasilkan susu ibu. Kekurangan Ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu.
Ibu boleh amalkan mengambilan makanan tinggi Kalsium, Magnesium dan Zat Besi  atau ambil supplemen Kalsium Magnesium dan Iron untuk pastikan nutrisi yang optimum.  Supplemen bantu penyusuan ibu di Link Ini.
7. Anda Hamil! 
Semasa hamil hormon progesteron akan meningkat, dimana hormon ini membantu sepanjang proses kehamilan ibu. Kebanyakkan ibu mengalami susu yang makin sedikit, payudara sakit bila disentuh, puting melecet dan tidak selesa meneruskan menyusuan ibu apabila masuk trimester kedua dan ketiga.
Pada ketika ini badan ibu sedang menghasilkan kolostrum, iaitu susu awal yang kaya dengan nutirisi yang diperlukan oleh bayi baru lahir nanti. Namun ada ibu yang berjaya menyusu sepanjang kehamilan. Jangan risau jika anak  masih kecil, ibu boleh meneruskan tenderm nursing sebaik sahaja selepas melahirkan.
Moga entri ini memberi manfaat pada ibu-ibu menyusu untuk elakkan susu ibu sedikit.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

  1. Hi salam ,thanks share info menarik. baru tahu yang kurang minum air kosong pun punca susu sikit..Ada juga dgr kawan ofis cerita yg susu sikit je memanjang, strees pun ye jugak..kesian baby tak kenyang , confuse kdg2 baby kenyang ke tak..ada dgr org recommend suruh guna Pump it Milkbooster sapu2 je nak tambah susu, ingatkan supplement..InshaAllah boleh cuba nanti :)

    BalasPadam