Jam 2 petang saya memulakan perjalanan menuju Dungun. Cuaca agak mendung di Shah Alam. Memang musim hujan dan jalan pun agak licin penuh air.
Untuk perjalanan kali ini saya ditemani oleh anak bujang. Iyalah boring juga jika memandu sendirian. Perjalanan lancar, saya lalu Glenmarie sebelum ke plaza tol Kelana Jaya masuk highway NKVE ke Jalan Duta. Sempat juga singgah ke stesen Petronas untuk topup kad Smart Tag. Minyak masih ada separuh.. Nantilah di Petronas Bentong baru saya bercadang untuk isi.
Seterusnya saya sambung perjalanan ke highway DUKE keluar Gombak dan terus menyambung perjalanan di highway Karak. Kereta waja yang saya pandu kadang-kadang terasa panas. Takde aircond ke ni?
Hinggalah saya menghampiri Petronas Bentong, saya memang ingin masuk mengisi minyak. Aras minyak pun sudah tinggal 1 tanda. Tiba-tiba jarum suhu naik mendadak! Elok-elok kat tengah, terus ke H. Ah! Macam mana ni..
Sedang saya memandu masuk ke stesen minyak.. Kereta hilang kuasa pemanduan dan stereng pun jadi berat. Enjin terus mati, saya biarkan kereta terus meluncur dan menuju ke ruang parkir sebelah paip air & angin. Elok je cukup-cukup!
Tersadai..
Bukak bonet depan kereta.. Tengok asap pun keluar.. Biarlah dulu. Tunggu sejuk sikit. Siram-siram juga radiator tu selepas 15 minit menunggu. Tak turun juga suhunya.
Tiba-tiba ada seorang lelaki Melayu menegur. Lalu dia tolong tengokkan apa yang patut. Penutup cap radiator telah saya buka tadi dan terdapat habuk debu hitam. Katanya gasket dah terbakar ni.. Head pun mungkin dah rosak, bengkok!
Kat radiator tu pun dah ada bau minyak hitam. Katanya lagi, minyak hitam dengan air dah bercampur.
Rupanya dia memang seorang mekanik. Baru je sampai situ sebab tolong sebuah kereta tukar tayar yang bocor. Saya berbincang dengan lelaki Melayu ini bagaimana untuk bantu selesaikan masalah yang ada.
Kalau ikut pengalaman, kereta waja ni kena overhaul. Top overhaul katanya. Radiator pun nak kena check, takut bocor ke apa.. Kena towing kereta ke bengkel di Janda Baik.
Maka persetujuan dicapai.. Kos baik pulih dianggarkan sekitar RM1000 termasuk caj towing. Haihlahh nasib :) Kereta kena tinggal di bengkel untuk repair. Esok petang baru siap!
Untuk sesiapa yang hadapi masalah kereta, bolehlah hubungi Zaidi 0111-8686-855 ya. InsyaAllah dia akan membantu sebaiknya!
Kes naya! Kereta waja overheat di highway Karak & tersadai di Petronas R&R Bentong
6:12 PTG
Bengkel Kereta
,
Bentong
,
Janda Baik
,
Karak
,
Kereta Waja
,
Overheat
,
Radiator
,
Zaidi
Edit
0 comments :
Catat Ulasan