Ernie Zakri bengang 'Diperbodohkan' sikap tidak profesional Haqiem!

PENYANYI, Ernie Zakri kecewa apabila mendapat tahu dirinya ‘diperbodohkan’ penyanyi Haqiem Rusli, 20, ketika diundang menjayakan satu segmen stesen radio Hot FM, semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Misteri itu mendakwa Haqiem sengaja menggunakan isu kemurungan sebagai sesuatu yang sudah dirancang untuk single terbarunya.

“Beginilah, ada yang kata dia tidak tahu menahu tetapi gimik depresi dan melancarkan single sudah lama dirancang. Malah, dia sudah ada tarikh pengumuman dan tarikhnya itu bersebelahan dengan pelancaran lagu," katanya.


Berdasarkan entri yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ernie berkata, dia tidak tahu menahu undangannya ke stesen radio berkenaan adalah untuk menjayakan rancangan Haqiem yang disifatkannya tidak profesional.

Ernie diundang ke program Hot FM Live bersama Haqiem dan dua lagi iaitu Wany Hasrita dan Ara.

Bagaimanapun, ketika disoal penyampai radio Hot FM, Sarancak, Haqiem mengakui dia sebenarnya tersalah cakap kononnya dia mengalami kemurungan.

Bulan lalu, Haqiem mencuri perhatian rakan artis dan peminat selepas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia seni selepas mendedahkan dia mengalami kemurungan sejak awal tahun ini.

Ernie berkata, dia berasa seperti diperbodoh-bodohkan kerana pada awalnya dia menyangkakan Haqiem benar-benar mengalami kemurungan dan hadir memberi sokongan kepada rakan seperjuangan.

Namun, ia hanyalah gimik daripada penyanyi itu.

Ernie berkata, gimik seperti itu tidak wajar dilakukan atau dibincangkan sejak awal lagi.

“Meletakkan diri sebagai mengalami kemurungan dan kemudian mengaku ia hanya tekanan, saya berasakan ada hak untuk menegakkan fakta bahawa isu kesihatan mental bukan perkara main-main.

Status dimuat naik Ernie itu mendapat pelbagai maklum balas daripada rakan artis yang turut terkesan dengan tindakan Haqiem.

Sementara itu, Haqiem turut memuat naik dua status meminta maaf di Twitter hari ini.

“Last. I’m sorry,” tulisnya di Twitter yang dimuat naik pada jam 2.58 petang sebelum satu lagi status iaitu “Saya minta maaf. Maafkan saya” yang dimuatnaik pada jam 4.13 petang.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan