Kurang ajar punya penyangak di Kota Bharu

SUAMI isteri termasuk dua anaknya terjatuh daripada motosikal apabila dua lelaki bertindak menendang motosikal mereka sebelum melarikan beg galas mengandungi dokumen penting dan wang tunai berjumlah RM1,076 dalam kejadian di Jalan Merican, Kota Bharu, Selasa lalu.


Akibat kejadian itu, suami cedera pada bahagian lutut kiri, manakala isteri dan dua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebelum kejadian itu, lelaki berusia 29 tahun bersama isteri dan dua anak perempuan berusia enam bulan dan lima tahun menaiki motosikal jenis Yamaha Ego dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Rantau Panjang, selepas pulang dari pasar raya, 10.40 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner, Ismail Mat Sidik berkata, ketika mangsa melalui jalan itu, datang motosikal jenis Honda EX5 Class yang dinaiki dua lelaki menghampiri motosikal mangsa dan bertindak menarik beg kepunyaan mangsa lelaki terbabit yang digalas isterinya di bahu kanan.

"Pada masa sama, suspek menendang motosikal yang dinaiki empat beranak terbabit sehingga terjatuh di tepi jalan.

"Suspek kemudian melarikan diri menghala ke arah Jalan Telipot, di sini. Dalam beg itu mengandungi wang gaji sebanyak RM1,076, dokumen penting seperti kad bank, kad pengenalan diri, lesen memandu dan dua Mykid kepunyaan anak mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, berhubung kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu 7.24 malam tadi.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.


Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan