Naya punya kes pasal kemenyan di Sungai Besar, Sabak Bernam


AKIBAT terlupa memadam bara kemenyan, sebuah rumah milik kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) nyaris musnah dalam kebakaran di Taman Sari, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Kejadian berlaku pada 8.50 malam semalam dan disedari jiran mangsa yang melakukan pemadaman segera.

Mangsa, A Arlanto, 41, berkata, dia dan keluarganya tiada di rumah ketika itu dan menyedari kejadian selepas dihubungi rakan.

“Kelam kabut saya pulang dan ketika tiba, jiran membawa baldi berisi air untuk memadam kebakaran.

“Syukur tindakan itu dapat mengawal api dan saya sangat berterima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Arlanto berkata, kejadian itu pertama kali berlaku kepadanya sejak mendiami rumah, lapan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar Penolong Penguasa Bomba Mohd Khuzaimey Ibrahim berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9 malam.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan