Gempar! Shah Alam banjir kilat
Tanpa sebarang persediaan warga Shah Alam terpaksa menempuh bencana banjir kilat yang berlaku dengan pantas. Begitu ramai warga Shah Alam merungut dan berang apabila kenderaan mereka alami kerosakan akibat tenggelam di dalam banjir.
Ini adalah disebabkan kerana pembangunan sekitar Shah Alam yang terlalu padat dengan bangunan hinggakan tiada kawasan tadahan air bersesuaian serta sistem saliran yang dipandang remeh.
"Saya sangat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Apa maknanya bila Shah Alam jadi bandaraya tapi kualiti semakin teruk.
"Pantang ada kawasan kosong, pasti akan ada bangunan di naikkan, kawasan tasik Shah Alam tu pun tunggu masa je nak kena ambil alih untuk naikkan bangunan."
Selain dari masalah sistem saliran, ianya juga dikaitkan dengan sikap buruk penduduk Shah Alam. Masalah tiada disiplin membuang sampah merata juga adalah punca kepada masalah banjir kilat ini.
0 comments :
Catat Ulasan