Wanita muda seksi menari tiang di Kelab Atuk Nakal


Purata umur sudah menjangkau 70-an. Namun jiwa muda segelintir lelaki warga emas menyebabkan ‘Kelab Tarian Bogel’ di pekan Betong, Thailand, di sini, tidak pernah sunyi dari dikunjungi golongan ini.

Bahkan kewujudan Masjid Jamek Al Mahadi yang terletak kurang 200 meter dari pusat maksiat itu tidak sedikit pun mencetuskan rasa malu dalam kalangan pengunjung Islam. Kumpulan lelaki warga emas yang datang berhibur didapati kerap memenuhi pusat hiburan sekitar Jalan Chayachawalit, Jalan Mongkolprachak dan Jalan Grand Villa 2 di sini, yang menawarkan tarian bogel serta joget tiang kepada pengunjung.

Pusat hiburan mendapat jolokan ‘kelab atuk nakal’ ini berbeza dari pusat tarian bogel di Hatyai atau Bangkok, Thailand berikutan membenarkan pelanggan menyaksikan tarian bogel pada jarak dekat dengan pentas atau tiang persembahan.

Suasana ini sekali gus dianggap istimewa berikutan pengunjung lelaki boleh menyentuh penari atau melihat persembahan dari jarak dekat.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan