Guru wanita dari Britain dibunuh selepas dirog0l oleh lelaki Jepun


Seorang lelaki Jepun berusia 32 tahun semalam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh guru British, Lindsay Ann Hawker pada 2007 sebelum menanam mayatnya yang didera dalam sebuah tab mandi yang diisi dengan pasir.

Tatsuya Ichihashi, 32 – yang menghabiskan masa lebih dua setengah tahun dalam pelarian selepas jenayah pada 2007 itu dan menjalani pembedahan plastik untuk mengelak tangkapan – mengakui merogol guru Bahasa Inggerisnya itu tetapi mendakwa dia tidak sengaja membunuhnya.

Pendakwa raya telah me-mohon hukuman penjara se-umur hidup bagi Ichihashi.

Terdahulu bapa Hawker, Bill menggesa Mahkamah Daerah China supaya tidak menunjukkan “sebarang belas kasihan” dan menuntut hukuman mati – hukuman yang biasanya dijatuhkan bagi kes pembunuhan bersiri.

Ibu bapa Hawker mengha-diri perbicaraan Ichihashi, yang berlangsung antara 4 hingga 12 Julai lalu di mah-kamah Chiba berkenaan, dan turut memberi keterangan.

Anak mereka, Lindsay, dari sebuah perkampungan berdekatan Coventry di tengah England, berusia 22 tahun sewaktu mayatnya – dalam keadaan bogel dengan pergelangan tangan dan buku lali yang diikat – dijumpai dalam sebuah tab mandi yang diisi dengan pasir di anjung pangsapuri Ichihashi.

Bedah siasat mendapati Lindsay mati akibat kelemasan, dan pendakwa raya percaya Ichihashi mencekeknya selepas merogolnya.

Ichihashi memberitahu, selepas merogol mangsa, dia mengikatnya dan bercakap dengannya selama berjam-jam sambil meminta maaf.

Dia mendakwa mangsa mati tercekik apabila dia menutup mulut mangsa untuk menghalangnya daripada menjerit meminta tolong tetapi dia tidak berhasrat untuk membunuhnya.

Selepas pembunuhan itu, Ichihashi melarikan diri, dan bekerja sambilan antara Aomori di utara Jepun dan Pulau Okinawa di selatan.

Tertuduh menggunakan wang daripada pekerjaan sambilan untuk membayar bagi pembedahan kosmetik, menukar kelopak mata dan hidungnya dan menghilangkan tahi lalat pada mukanya dalam usaha mengelak polis.

Ichihashi, yang terpampang pada poster di balai polis dan pejabat awam di seluruh Jepun, ditangkap pada November 2009 selepas maklumat diterima daripada seorang saksi di sebuah terminal feri ketika beliau cuba menaiki bot ke Okinawa.

Beliau menulis buku ‘Until The Arrest’ mengenai kehidupannya ketika dalam pelarian dan menawarkan perolehan daripada buku tersebut kepada keluarga Hawker yang menolaknya.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan