Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen.
Beliau berkata, pihaknya sudah maklum berita penjualan air Kangen yang menjadi perbincangan hangat netizen selain 'viral' di media sosial.
"Kementerian memandang serius pengiklanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.
"Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan, di sini.
Katanya, kegagalan mematuhi peraturan adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.
0 comments :
Catat Ulasan