Kejutan Ramadhan.. Meningitis boleh membunuh! Pengalaman perit seorang ibu Puan Rina Shahar (5 Perkongsian)

Kejutan Ramadhan 1437 AHPart 1.


Ramadhan adalah satu satu nya bulan yang saya tunggu sepanjang tahun . meraikan kedatangan Ramdhan lebih dari hari raya . saya akan membeli gelas set baru. pinggan makan yang baru. digunakan sepanjang bulan Ramadhan. semua anak anak berkumpul serta baba mereka dan juga pembantu kami semua berkumpul semeja berbuka berdoa dan solat berjemaah bersama . 

Tapi tahun 2016 , seminggu sahaja kami berpeluang bersama. Ini kerana, anak kami yang ke 4 ,Omar Nagy setelah demam selama seminggu , datang dan pergi demam . tiba tiba hari ke 6 - 12.6.2016 - Omar mula muntah muntah dan bagi tahu sakit tengkuk dan lemah badan . Omar mula tidur berterusan.

19.6.2016 


Admited to ER SJMC pada pukul 2am setelah demam panas yang melampau dan telah belaku kekejangan dibahagian atas badan Omar . mata Omar , dia sudah mula hilang focus . Baba dia ingat dia malas nak bergerak tetapi saya cakap , sorry ini bukan malas tapi penyakit . nak cakap sawan tak tahu pulak ayat english nya . 


Hari yang sama Omar telah di tolak ke bilik MRI dan telah membuat brain ECG . serta merta Dr Sofia pakar neurologist membuat keputusan untuk masukkan Omar ke NiCU . belum sempat saya call baba Omar . Dr Sofia cakap " i dont need your approval . Now this boy is my responsibility " .

Saya terdiam dan saya bertanya kepada diri . serious sangat kes anak aku ini . saya mengejar doktor tanpa sesiapa .Doktor terus terang cakap "give me 1 day to tell you ".

---------------------------------------

Part 2 -20.6.2016 day 2

Saya masih kebingungan dan masih bertanya kepada doktor apa dia penyakit Omar . Doktor cakap " virus in the brain " or we call it "menigitis " . saya mula research . membaca . google . 

Keadaan Omar makin kritikal . movement dia start down. beliau x boleh bercakap , kurang bergerak , tidak boleh makan . panas badan tidak stabil . semua menjadi komplikasi . saya masih kebingungan.

Saya dan baba Omar masih tidak puas hati. kami mohon doktor lakukan apa apa blood test atau apa test yang mereka pikirkan termasuk mengambil air tulang belakang atau " lumbar punture" yang amat digeruni oleh ramai orang . saya pasrah .

Sebelum procedure melakukan line ( memasuki jarum untuk menyalurkan ubat , antibiotik dan mengambil darah bila perlu ) dileher omar dan lumbar punture. saya mohon bersendirian dengan omar. saya panjat katil dan baring disebelah omar serta menerangkan kepada beliau apa procedure yang akan kakak kakak ( nurse ) lakukan sebab saya nak anak saya sedar walau apa yang berlaku dalam hidup mereka .

Omar cuma menganggukkan kepalanya . saya redha akan ketentuan Allah . saya sign semua borang procedure . doktor cakap peluang Omar hanya 50/50 . hanya saya yang tahu tanpa saya bagi tahu kepada suami atau sesiapa . saya kuat . baba mereka terlalu amat menyayangi anak anak lebih dari saya . biar saya simpan rahsia ini hingga suatu masa . masa yang saya tidak pasti akan apa kesudahannya.

hari hari Al Quran dan tafsir Ayat Ayat Allah yang maha penyayang dan pemurah adalah peneman setia saya dan Omar . siang dan malam hingga bertukar shift dengan baba Omar . Baba Omar ambik shift malam sebab saya masih ada baby umur 1 tahun yang harus saya jaga dan uruskan susu setiap 2 jam di sebelah malam .

Ada ketika saya berkata dan bertanya kepada Allah Taala , Allah menjawap semua persoalan saya .semasa saya sampai kesurah yang saya baca adalah jawapan Allah . Allah Hu Akbar . Saya menangis teresak esak pelahan lahan sebab tak nak Omar dengar .

Ya Allah , segala jawapan Allah beri kepada saya . Allah bercakap dengan saya . Hanya ada Allah dan saya .Saat itu saya serahkan segala galanya kepada Allah dan saya bersedia kehilangan anak saya jika itu yang tertulis . saya redha kerana Allah . Allah lebih sayang kepada Omar dari saya dan keluarga nya . cuma saya mohon Allah beri saya kekuatan sebab saya memang lemah sebenarnya . anak yang saya kandung , saya belai , saya tantang , terlantar tak bermaya , dada , hidung , leher tangan penuh dengan tiub serta jarum .. 

Ya Allah .. saya telah mengalami semua ini saya tahu apa perasaan anak kecil ini . walau tidak larat tidak sedar anak ini masih menjaga aurat . malu dengan kakak kakak yang mencuci kencing dan air besar . saya mohon untuk lakukan demi anak . anak anugerah Allah ini telah dididik dengan ajaran Islam yang mendalam . Allah . Allah . Allah . sebutan yang saya suruh Omar sebut dan ingat selalu setiap masa .

saat ini saya posting dalam facebook , post dalam group jiran , group sekolah brainy bunch dan apa group yang saya ada mohon doa mereka . doa kawan kawan . doa sahabat . doa semua hamba Allah . sebab saya tahu jika doa kita Allah tidak makbul mungkin doa dari sesiapa dikalangan hamba Allah lain yang mendoakan akan Allah makbulkan . bukan saya meraih simpati . bukan meraih undi kesian. saya bukan manusia yang dambakan perhatian manusia di dunia ini . saya adalah seorang yang pemalu tapi lantang dan terlalu berterus terang . mungkin ramai yang tak suka tapi saya hanya manusia biasa yang jujur.

---------------------------------------

Part 327hb & 28.6.3026 -Day 7 & 8.

Baba Omar pulang ke rumah jam 5 pagi bangun kan saya dalam tangisan . Suami saya terlalu sedih, takut , Omar tak bercakap dan mengikut dia membaca surah apa apa semalaman katanya . Tolonglah dia . Dia tak nak kehilangan Omar . Saya terus bangun tanpa banyak soal . suruh suami berehat dan berdoa . saya kuatkan semangat dia . tapi dalam hati saya menangis . saya juga ketakutan . kenapa keadaan macam ni . 

Pukul 6.30 saya telah tiba di hospital .
saya peluk Omar . tanya dia kenapa tidak mengaji bersama baba . dia penat katanya . dia nak tidur .
keesokan hari perubahan berlaku lagi ,

Omar tiba tiba pandai menangis . menangis bila nampak atuk datang . sebelum ni atuk datang tidak ada apa apa perasaan . suara tangisan beliau amat disukai oleh semua orang termasuk doktor . positive reaction kata doktor . alhamdullilah. dua hari beliau menangis bila ada sesuatu . kami pun turut menangis gembira .

29hb & 30.6.2016 -Day 9 & 10

Omar tiba tiba pandai ketawa dan tersenyum terus yang tidak kelakar pun beliau ketawa dan tersenyum..Allah Hu Akbar . bayangkan anak kita senyum dan ketawa .. bayangkan setelah terlantar lama kita lihat anak kita tersenyum dan ketawa .. 2 hari jugak beliau senyum dan ketawa .. sekali lagi doktor berpuas hati . alhamdullilah. latihan fiso dibuat sebab doktor takut virus kontrol movement Omar. doktor cakap " my battle have not done yet till i know what is the virus name " . alhamdullilah setiap hari latihah fiso dibuat atas arahan doktor dengan paksaan sebab kuman masih ada dalam otak Omar mengikut ECG yang dilakukan brain wave masih belum seperti kanak kanak normal .

Dugaan terhadap saya tidak seberapa .
Allah datangkan seorang anak gadis baya omar . gadis india umur 7 tahun . masuk NICU.. 

Allah .. saya menangis melihat beliau . saya tanyakan kepada nurse . adik ni mengadu sakit lemah kaki badan kepada ibu nya tetapi dibawa ke temple untuk jumpa sami . anak tu collapse instantly dan terus di bawa ke NICU . paralize dari tengkuk hingga ke kaki .. Allah hu Akbar.. saya ambik wuduk terus solat syukur dan solat taubat sebab Allah duga saya tak seberat ibu bapa gadis ini .

Doa buat hamba Allah .

saya bertanya nama anak itu terus mohon pertolongan Allah . sembuhkan anak itu ya Allah . saya sekarang menangis teresak esak bukan kerana Omar lagi tapi anak gadis india ini . Ya Allah 60% hidup dia bergantung kepada incubator. tanpa sakit tanpa jatuh . beliau tiba tiba mengadu sakit badan dan jatuh itu sahaja..

---------------------------------------

Part 4

Saya keluar mencari ibu bapa anak tersebut . saya peluk ibu dia . saya tidak kenal tapi saya faham perasaan beliau . saya tidak kira bangsa saya hanya manusia biasa yang telah betul betul berubah menjadi seorang yang terlalu sensitif terhadap anak anak . 

Saya beri nasihat kepada ibu bapa gadis itu . saya suruh mereka terus berdoa kepada Allah . mohon doa sekuat kuat nya sebab hanya Allah yang boleh tolong anak anak kita . saya tak perduli dia sembah apa tapi saya cakap doa pada Allah . itu antara dia dan Allah . doktor dan ubat ini adalah penyebab sahaja . saya juga mohon jika Allah bukakan pintu hati mereka untuk sujud kepada Allah yang sebenar benarnya .. 

Ya Allah saya menjerit sekuat kuat nya dalam hati saya .bukakan pintu hati mereka untuk sujud kepada mu ya Allah dan izinkan anak gadis ini pulih ya Allah dan jadi hamba mu yang solehah ya Allah .

Saya pesan kepada mereka jangan menangis atau bercakap tentang anak gadis mereka di depan anak tersebut. walau dia koma dia masih dengar. mereka akur dan bagi tahu patutlah anak mereka keluar air mata bila kami nangis sebelah dia dan bila doktor memberitahu kondisi anak mereka.

ini pesanan saya buat semua . jasad kita ada roh yang masih hidup. mereka mendengar walau kita ingat tidak.

1.7.2016 - 

Omar nagy keluar dari NICU masuk Ward biasa. keadaan stabil . Alhamdullilah, Omar keluar ke ward biasa sebab sudah beransur sembuh . sudah mula bercakap dan bertanya banyak soalan . 

" Mama am i crazy ?" - why u ask this Omar .. 
" because why they talking about my brain mama . if i am not crazy why am i here "

dan pelbagai soalan . tube di hidung ditariknya pada hari kedua di ward biasa . mohon untuk pulang dan nak makan chicken rice shop .Omar is back!! Alhamdullilah.

---------------------------------------

Part 5

KESEDARAN yang saya dapat .
semasa di ward biasa saya terpaksa melepaskan Baby yusoff buat kali pertama, kepada pembantu untuk menjaga waktu malam. disebabkan pampers / berak kencing Omar saya kena jaga . tiada lagi kakak seperti di NICU untuk 24 jam bersama Omar. saya tidak benarkan suami buat semua ini. tugas saya seorang ibu.

Baru kami mahu melelapkan mata tiba tiba terdengar bilik sebelah suami isteri bergaduh . kuat dan amat mengerunkan. dalam ward hospital pergaduhan terjadi. saya terus call nurse untuk attend . senyap seketika . kembali bergaduh lagi . mungkin stress anak mereka sakit . anak 1 tahun lebih terkena sawan . menangis tanpa henti. suami isteri penat dan terjadinya "blaming" tuduh menuduh antara satu sama lain. 

Kesedaran - inilah manusia termasuk saya . sebelum berguru dengan Puan Diyana Tahir . saya pun macam tu. alhamdullilah saya berubah . sentiasa kena ada kesedaran. 

sedar , tiada apa yang terjadi tanpa sebab. sedar yang kita masih hidup dan bernafas , sedar yang kita hanya manusia yang lemah .

Kadang kadang saya tersasar juga tapi cepat cepat kembali sedar . syaitan akan sentiasa melalaikan kita . buat kita marah . mereka suka . kita yang bodoh . lepas marah kita menyesal . sebab beri syaitan peluang masuk bila kita tak sedar.

Terima kasih Allah . 

Terima Kasih kerana saya pernah berguru dengan Puan Diyana Tahir . sedari nafas kita .
saya hening seketika . saya keluar bilik untuk memberi bantuan untuk melihat anak mereka . tapi keadaan sudah kembali tenang. 

Mungkin saya macam penyibuk , tapi saya faham. penat lelah menjaga anak sakit . penat sebab masalah kerja serta penat yang bercampur baur.

keesokkan hari saya terus email kebahagian comment di ruang SJMC . saya pohon kepada jabatan untuk adakan kaunseling department atau badan yang 24jam untuk attend kepada parents . ibu bapa amat memerlukan seseorang yang dapat menenangkan mereka . bukan semua ibubapa boleh berfikir waras bila anak sakit . mereka perlukan kata kata semangat , nasihat dan mungkin bimbingan untuk relax , berserah kepada Allah sebab ikthiar kita hanya dengan pertolongan doktor . serta menasihati mereka untuk menjaga kesihatan mereka , mereka harus makan serta tidur .

4.7.2016

Alhamdullilah. sehari lagi menjelang raya . tiada persiapan yang kami lakukan. Omar alhamdullilah di benarkan pulang . tapi tidak dibenarkan kesekolah selama sebulan . pemantauan doktor serta ubat ubat harus diikuti dengan teratur . Omar tidak dibenarkan bersendirian dan terlalu expose ke public . badan masih lemah .

Alhamdullilah Omar telah kembali kepangkuan keluarga dengan aman.

Saya mohon ampun dan maaf serta ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua .

Terima Kasih kepada Dato Roslan Ab Hamid sebab membuatkan saya menulis sekarang , hari ini juga setelah membaca nasihat beliau di facebook . sekali lagi bukan untuk glamour atau meraih undi atau belas ehsan tapi untuk nasihat dan tatapan semua sebagai persediaan . 

Terima Kasih kepada Saudara Ammar Zahar serta isteri dan anak beliau yang suatu ketika keadaannya lebih kritikal dari Omar dan alhamdullilah selamat serta sihat dan semoga dilindungi Allah sentiasa . ini salah satu dari semangat yang kami tunjuk kepada Omar untuk fight kembali . 

Terima Kasih kepada sahabat akhirat saya Puan Sharina Nur Adibah Mohamed Ummu Alef yang tidak lekang memberi semangat , Darling sister saya Nuraslina Zainal Abidin . Makcik kesayangan kami Cik Lah Jariah Ismail , Cik Awi Haslina Ismail serta semua . maaf jika saya terlupa untuk mentioned .

Terima kasih kepada semua saudara mara, jiran tertangga ,rakan rakan , yang mendoakan , pm dan bertanya. maaf kalau saya tidak menjawap sebab saya perlu masa bersendiri. saya melakukan " Hening" untuk diri saya .

Saya maafkan semua hamba Allah didunia ini yang masih hidup mahupun yang telah pergi. Saya memohon ampun dan maaf dari kalian semua jika kiranya saya tidak kalian suka sebab saya tidak dapat penuhi permintaan kalian atau menguris perasaan kalian tanpa saya sedari.

Assalammualaikum dan selamat malam sahabat semua . 

Tamat.

---------------------------------------

Semoga adik Omar Nagy akan lebih sihat dan kembali seperti sediakala. Puan Rina Shahar dan keluarga bertabahlah. Kami mendoakan kesejahteraan puan sekeluarga.



Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan