Helang hampir buatkan helikopter terhempas di Port Dickson


Sebuah helikopter membawa enam orang, termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri mendarat cemas selepas terlanggar burung helang di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 3 petang ketika helikopter jenis Dauphine dengan nombor pendaftaran 9M-DBJ, berlepas dari Danga Bay, Johor, menuju Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, ketika memasuki ruang udara Port Dickson di kawasan Kampung Tanjung Agas, helikopter berkenaan bertembung dengan seekor burung helang.

“Kejadian itu mengakibatkan cermin helikopter pecah dan terkena kepala juruterbang. Juruterbang berkenaan yang berusia 35 tahun, terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sekolah berkenaan.

"Helikopter itu mendarat dengan selamat. Selain juruterbang, seorang penumpang berusia 22 tahun yang juga anak Tan Sri berkenaan, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson Deputi Superintendan Zainudin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan