Pandangan sinis seorang doktor muslim tentang jin!


ESCAPISM

Ada pembaca bertanya kepada saya, adakah doktor-doktor muslim percaya kepada gangguan jin?

Jawapan saya:
1. Mengenai kewujudan jin: 
Bukan doktor muslim saja perlu percaya kewujudan jin, malah umat islam pun perlu percaya, kerana Allah dah beritahu dalam Quran. Jin ada surah dia. Manusia pun ada surah dia.

2. Mengenai gangguan jin:
Ya jin boleh menganggu manusia. Tetapi majoriti gangguan dan huru hara yang terjadi atas dunia ini adalah disebabkan oleh manusia sendiri.

Yang menghantar sihir, saka, santau dengan cara mengeksploitasi jin ialah manusia. Yang merosakkan alam sekitar pun manusia. Yang menyebarkan jangkitan kuman dan mengabaikan kesihatan sendiri pun manusia juga. Dalam hal berbuat fasad, manusia tak perlukan bantuan sesiapa sebab dialah juara.

Pandangan Islam mengenai gangguan jin:

🔹Manusia TAK PATUT takut kepada jin. Sebab sebenarnya jin lebih takut kepada manusia. Kecuali manusia yang lemah jiwanya dan menzahirkan ketakutannya, barulah jin berani nak menganggunya. Tak payah cakap jin lah. Lipas pun, kalau dia nampak kau takut kat dia, lagi dia terbang hinggap kat kau. Kan??

🔹Jin TIADA KUASA keatas manusia kecuali apa yang Allah izinkan saja. Jikalau terkena gangguan jin pun, usah gusar atau putus asa. Ingat kita punya Tuhan yang sama. Kepada Dialah sajalah kita berlindung dan memohon pertolongan.

🔹Allah dah kurniakan PENDINDING bagi manusia (Husnul Muslim). Tak kira untuk menghalang gangguan jin atau apa-apa makhluk pun. Termasuk nyamuk atau alien. Baca ajelah Muawwidhatayn. Atau Ayatul Kursi. Atau 2 ayat terakhir Al Baqarah. Samada kau rajin atau malas je nak amalkan.

Lagi satu, jangan pasang je mp3 bacaan quran atau ayat ruqyah tapi sendiri malas nak baca. Nanti yang dapat perlindungan adalah radio kau. Kau sendiri tetap kena kacau, padan muka.

🔹Menyalahkan jin atas semua perkara ialah suatu ESCAPISM. Contohnya:

- Anak nakal dikatakan ada peneman Jin.
- Suami miang main kayu tiga dikatakan terkena buatan perempuan lain yang simpan jin.
- Dapat stroke kerana penyakit kencing manis atau darah tinggi dikatakan kena sampuk jin.
- Sendiri rasa sengal dan sakit badan sebab terlebih makan dan kurang bersenam dikatakan ada jin menumpang.

Pendek kata, muhasabah lah diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain (atau jin). Perkara biasa tetap biasa terjadi. Perkara luar biasa memang jarang terjadi.

Jin pun macam kita juga. Dia pun perlu mencari rezeki, mencari jodoh dan beranak-pinak juga. Dia pun perlu beribadat juga. Sebab nanti cuma jin dan kita saja yang kena hisab, makhluk lain tak kena.

Hana Hadzrami 
Asyik kena tuduh, lama-lama jin pun fed up juga

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan