Kad pengenalan untuk 700,000 warga asing di Johor


Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi kad pengenalan untuk menjadi pengundi adalah tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dakwaan berkenaan dilakukan Tun Dr Mahathir menerusi ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak logik dan tersasar daripada fakta.

kedudukan semasa hartanah pemilikan asing di Johor.

Menurutnya, bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.

Katanya, pemilikan asing itu hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor, iaitu sebanyak 1,452,931 unit.

"Sekiranya kita mengambil kira empat orang bagi setiap unit hartanah, berdasarkan anggaran Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.

"Kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti didakwa Tun Dr Mahathir.

"Malah dalam kenyataan terbarunya di blog Tun Dr Mahathir di chedet.cc bertarikh 6 Disember 2016, Tun Mahathir menganggarkan Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing dan ia jelas beliau tidak konsisten dengan angka yang digunakannya," katanya menerusi kenyataan media.

Share on Google Plus

SOTONG KICAP

Blog yang memaparkan informasi terkini berkaitan politik, hiburan, isu semasa dan sebagainya untuk tatapan semua. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pandangan ataupun maklumat yang disediakan.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan